Pages

Jumaat, 3 Julai 2015

CUCUR UDANG RANGUP



CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
15 ekor udang sederhana besar
2 biji bawang besar hiris
1 ikat kucai hiris
1/4 biji lobak merah hiris
1 putih telur
1/4 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Bancuh tepung dengan ke semua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan sebati.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan ,letak seekor udang dan letakkan adunan cucur ke dalam minyak.
4. Goreng sehingga masak. Angkat dan hidangkan.

PECAL LELE




PECAL LELE

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan keli
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

BAHAN SAMBAL:

5 biji cili merah
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 sudu makan cuka
1 susu teh gula
Garam dan serbuk perasa secukupnya

ULAMAN:

30 gm sayur kangkung celur
3 hirisan timun



CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ikan keli bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Untuk sambalnya, kisarkan semua bahan bersama-sama dan gaul rata.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata.
4. Hidangkan bersama pecel lele serta ulam-ulaman.

GULAI LEMAK REBUNG






GULAI LEMAK REBUNG


BAHAN-BAHAN:

500 gm rebung
200 gm cili api hijau (kisar)
200 gm bawang merah (kisar)
1 inci kunyit hidup
500 gm santan pekat
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (di carik)
5 helai daun limau purut 
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Campurkan ke semua bahan di dalam periuk beserta sedikit air.
2. Kacau perlahan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.