Pages

Jumaat, 3 Julai 2015

CUCUR UDANG RANGUP



CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
15 ekor udang sederhana besar
2 biji bawang besar hiris
1 ikat kucai hiris
1/4 biji lobak merah hiris
1 putih telur
1/4 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Bancuh tepung dengan ke semua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan sebati.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan ,letak seekor udang dan letakkan adunan cucur ke dalam minyak.
4. Goreng sehingga masak. Angkat dan hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan