Pages

Featured Posts

Jumaat, 3 Julai 2015

CUCUR UDANG RANGUP



CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
15 ekor udang sederhana besar
2 biji bawang besar hiris
1 ikat kucai hiris
1/4 biji lobak merah hiris
1 putih telur
1/4 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Bancuh tepung dengan ke semua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan sebati.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan ,letak seekor udang dan letakkan adunan cucur ke dalam minyak.
4. Goreng sehingga masak. Angkat dan hidangkan.

PECAL LELE




PECAL LELE

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan keli
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

BAHAN SAMBAL:

5 biji cili merah
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 sudu makan cuka
1 susu teh gula
Garam dan serbuk perasa secukupnya

ULAMAN:

30 gm sayur kangkung celur
3 hirisan timun



CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ikan keli bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Untuk sambalnya, kisarkan semua bahan bersama-sama dan gaul rata.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata.
4. Hidangkan bersama pecel lele serta ulam-ulaman.

GULAI LEMAK REBUNG






GULAI LEMAK REBUNG


BAHAN-BAHAN:

500 gm rebung
200 gm cili api hijau (kisar)
200 gm bawang merah (kisar)
1 inci kunyit hidup
500 gm santan pekat
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (di carik)
5 helai daun limau purut 
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Campurkan ke semua bahan di dalam periuk beserta sedikit air.
2. Kacau perlahan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.

Jumaat, 26 Jun 2015

SPHAGETTI BOLOGNESE




SPHAGETTI BOLOGNESE


BAHAN-BAHAN:

200 gm pasta spageti (di rebus al dente)
200 gm daging cincang
6 sudu makan minyak zaitun
1 labu bawang besar kuning (di dadu)
4 ulas bawang putih (di dadu)
400 gm tomato (dihancurkan)
1 tangkai daun pasrli segar (dihiris halus)
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya



CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu sehingga berbau harum.
2.  Masukkan sos tomato hancur bersama jusnya dan daun parsli.
3.  Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kemudian renehkan sos tomato atas api sederhana selama 20 minit. Hidangkan.

DAGING GORENG HALIA


DAGING GORENG HALIA


BAHAN-BAHAN:


600 gm daging
3 biji cili hijau (hiris)
1 biji cili pada (hiris)
4 cm halia (hiris)
1 biji bawang besar (mayang)
2 biji tomato (dipotong)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh serbuk kunyit
200 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap bersama halia cincang, serbuk kunyit dan garam selama semalaman atau setengah jam.
2  Kemudian masukkan sos tiram dan kacau rata.
3.  Seterusnya masukkan air untuk menjadikan daging cepat empuk.
4. Setelah daging empuk,masukkan bawang besar untuk mengharumkan lagi masakan. Perasakan.
5.  Akhir sekali, masukkan cili hijau dan tomato. Goreng sekejap dan bolehlah diangkat.