Pages

Jumaat, 26 Jun 2015

SPHAGETTI BOLOGNESE




SPHAGETTI BOLOGNESE


BAHAN-BAHAN:

200 gm pasta spageti (di rebus al dente)
200 gm daging cincang
6 sudu makan minyak zaitun
1 labu bawang besar kuning (di dadu)
4 ulas bawang putih (di dadu)
400 gm tomato (dihancurkan)
1 tangkai daun pasrli segar (dihiris halus)
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya



CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu sehingga berbau harum.
2.  Masukkan sos tomato hancur bersama jusnya dan daun parsli.
3.  Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kemudian renehkan sos tomato atas api sederhana selama 20 minit. Hidangkan.

DAGING GORENG HALIA


DAGING GORENG HALIA


BAHAN-BAHAN:


600 gm daging
3 biji cili hijau (hiris)
1 biji cili pada (hiris)
4 cm halia (hiris)
1 biji bawang besar (mayang)
2 biji tomato (dipotong)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh serbuk kunyit
200 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap bersama halia cincang, serbuk kunyit dan garam selama semalaman atau setengah jam.
2  Kemudian masukkan sos tiram dan kacau rata.
3.  Seterusnya masukkan air untuk menjadikan daging cepat empuk.
4. Setelah daging empuk,masukkan bawang besar untuk mengharumkan lagi masakan. Perasakan.
5.  Akhir sekali, masukkan cili hijau dan tomato. Goreng sekejap dan bolehlah diangkat.




Khamis, 25 Jun 2015

PAJERI TERUNG



PAJERI TERUNG


BAHAN-BAHAN:

5 biji terung panjang (di belah memanjang)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah keras (kisar)
100 gm rempah kari daging
50 gm kerisik
100 ml air
1 biji kelapa (di ambil santan)
10 ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bahan kisar bersama bahan rempah kasar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama santan, garam dan juga gula. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan terung dan biarkan lembut.
4. Masukkan asam jawa bersama kerisik dan biarkan kuahnya menjadi pekat.
5. Angkat dan hidangkan.

Rabu, 24 Jun 2015

GULAI LEMAK NANGKA



 GULAI LEMAK NANGKA


  BAHAN-BAHAN:

  500 gm nangka
  200 gm cili api hijau 
  1 inci kunyit hidup
  500 gm santan pekat
  5 batang serai (ketuk)
  2 helai daun kunyit (disiat)
  5 helai daun limau purut
  3 keping asam gelugur
  Garam secukup rasa
  Air secukupnya



  CARA MEMASAK:

  1. Campurkan ke semua bahan di dalam periuk beserta air.
  2. Kacau perlahan di atas dapur sehingga mendidih.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.


MASAK ASAM IKAN PATIN



 MASAK ASAM IKAN PATIN



  BAHAN-BAHAN:


  250 gram ikan patin
  200 gram cili api merah (kisar)
  200 gram bawang besar (kisar)
  2.5 cm kunyit hidup (kisar)
  1 kuntum bunga kantan(dihiris)
  1 batang serai(diketuk)
  3 keping asam gelugur
  Garam secukup rasa
  2 liter air


  CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan kisar kecuali ikan patin dan garam ke dalam periuk.
  2. Kacau rata agar sebati dengan air dan masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Setelah itu masukkan ikan patin dan garam secukup rasa ke dalamnya. Kacau dan bolehlah di angkat.