AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
4 keping ayam (kepingan biasa/kepak/paha)
BAHAN PERAP:
1 ulas bawang putih
1 cm halia
4 cili kering (jika suka)
1/2 camt garam
1 camt kicap cair
1 camt madu
minyak untuk menggoreng
HIASAN:
1 biji tomato
5 cm timun
CARA MEMASAK:
A. MENYEDIAKAN BAHAN
a. Giling/kisar bahan pemerap.
b. Bersih, kering dan perapkan ayam dengan bahan giling/kisar dan perasa selama 20-30 minit.
B. MENGGORENG AYAM
a. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga garing dan kuning emas.
b. Toskan ayam baik-baik di atas kertas penyerap.
C. MENGHIDANG AYAM GORENG
a. Hidangkan dalam pinggan bujur dan hiaskan dengan timun dan tomato.
b. Hidangkan bersama nasi putih dan sayur atau ubi kentang goreng dan salad bersama sos.
INFO KAEDAH MEMASAK:
*MENGGORENG DENGAN MINYAK BANYAK
HIDANGAN:
4 ORANG
Jumaat, 24 April 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan