Pages

Jumaat, 24 April 2015

KUIH KERIA

KUIH KERIA

BAHAN-BAHAN:
 
  1 biji keledek sederhana besar (diberus,dibersih,direbus hingga masak dan dikupas kulit)
  30 g tepung ubi
  30 g tepung gandum
  1 camb air (jika perlu)
  *bahan di atas digaul sehingga menjadi doh kental
  60 g gula pasir
  2 camb air
  *bahan di atas untuk salutan gula keria nanti
  1/2 kuali minyak (untuk menggoreng)
 
  CARA MEMASAK:
  1. Doh ubi keledek tadi digulung menjadi sosej panjang dengan ukuran 1 inci. Bahagikan doh kepada 8 bahagian besar
  dan bentukkan bulat dan ratakan sedikit. Buatkan lubang dengan menggunakan acuan donut plastik.
  2. Doh keria yang telah di bentuk bulat kemudiannya di goreng hingga kuning.
  3. Toskan di atas kertas penyerap.
  4. Di dalamkuali yang lain, masukkan air dan gula ke dalam kuali dan masak air hingga air gula betul2 pekat.
  5. Masukkan kuih ke dalam kuali dan salutkan rata-rata dengan air gula.
  6. Perlahankan api dan kacau terus hingga air gula berhalwa. Hidangkan apabila kuih keria sejuk.

  KAEDAH MEMASAK:MENGGORENG DALAM MINYAK PENUH
  HIDANGAN: 4 ORANG (8 KEPING)

0 comments:

Catat Ulasan