Pages

Jumaat, 24 April 2015

SATE

SATE

  150 daging batang pinang/hati lembu/isi ayam (dibasuh dan dipotong nipis kecil 2 cm x 3 cm)
  8   batang lidi kelapa

  BAHAN PEMERAP
 
  2 camt ketumbar biji (sangai)
  2 camt jintan manis  (sangai)
  1 camt jintan putih  (sangai)
  1 hiris lengkuas     (potong)
  2 cm kunyit          (potong)
  1 batang serai       (potong)
  4 ulas bawang merah  (potong)
l*bahan di atas semuanya dikisar halus.
  1 camt gula
  1 camt garam
  1 camb minyak
 
  BAHAN KUAH

  5 ulas bawang merah
  2 ulas bawang putih
  1 batang serai
  1.5 cm lengkuas
  1.5 cm halia
  1 camt ketumbar biji
  1 camt jintan manis
  7-10 tangkai cili kering
  * bahan di atas semuanya di kisar halus

  setengan cawan (75 gm) kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)
  1 cawan santan
  1 keping gula melaka
  1 camt air asam jawa
  1 camb minyak (untuk menumis)

  BAHAN PERENJIS

  1 camb minyak/santan
  1 batang serai (dititik pangkalnya)

  BAHAN SAMPINGAN
  Nasi himpit (dipotong dadu)
  timun (dihiris atau dipotong berbaji)
  bawang besar (dipotong berbaji)

  CARA MEMASAK:
 
  1.MENYEDIAKAN BAHAN ASAS DAN ALAT
  a. kisar bahan pemerap, bahan kuah dan bahan perenjis.
  b. Basuh,potong dan perapkan daging dengan bahan kisar selama 4 jam sebaik-baiknya.
  c. Sediakan bara api atau panaskan gril.
  d. Cucukkan 3/4 potongan daging pada lidi hingga habis.

  2.MEMBAKAR ATAU MEMANGGANG SATE
  a.Bakarkan sate atas bara api atau di bawah gril.
  b.Renjiskan dengan minyak /santan dengan menggunakan serai.

  3.MEMASAK KUAH SATE
  a.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  b.Masukkan kacang tanah,santan,air asam jawa,gula melaka dan garam secukup rasa.Kacau hingga menggelegak dan pekat.

  4.MENGHIDANG SATE DAN KUAHNYA
  a.Aturkan sate dan bahan sampingan dalam pinggan bujur bersama kuahnya.

  INFO KAEDAH MEMASAK:
*MEMASAK ATAU MEMANGGANG.

  HIDANGAN:
  4 ORANG.

0 comments:

Catat Ulasan