Pages

Jumaat, 24 April 2015

AYAM MASAK MERAH

AYAM MASAK MERAH

  BAHAN-BAHAN
  1/2 ekor ayam
  1/2 camt serbuk kunyit
  1/2 camt garam
  1/2 botol sos tomato
  1/2 cawan kacang pis
  1 biji cili hijau dibelah dua
  1 biji cili merah dibelah dua
  7-10 tangkai cili kering (direndam dan dikisar)
  2 cawan minyak untuk menggoreng
  garam dan gula secukup rasa
  5 ulas bawang merah (dihiris)
  5 ulas bawang putih (dihiris)
  2 inci halia (dimayang)
  Jus daripada 1/2 biji limau nipis

  CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang telah dilumur garam dan kunyit hingga kuning keemasan.Ketepikan
2. Kemudian, keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan 2 cawan minyak untuk membuat sos masak merah.
3. Panaskan semula minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kuning emas.
4. Masukkan cili dan kacau hingga berbau wangi dan tuangkan soa tomato,ayam goreng dan kacang pis.
5. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Hidangkan bersama nasi putih dan sayur.

INFO KAEDAH MEMASAK: MENGGORENG
HIDANGAN : 4 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan