Pages

Jumaat, 24 April 2015

Resepi gulai darat daging tetel

GULAI DARAT DAGING TETEL



BAHAN-BAHAN :
 
1    kilo daging tetel
10  ulas bawang merah (mesin)
5    ulas bawang putih  (mesin)
2    inci halia  (mesin)
2    inci lengkuas (di ketuk)
3    sudu besar cili kering mesin  (mesin)
6    biji buah keras  (mesin)
1    inci kunyit hidup (mesin)
3    sudu besar rempah kerutub
3    sudu besar rempah daging gulai darat
1    sudu besar kerisik
5    biji kentang bersaiz besar
Air asam jawa
Santan sekilo
15  ulas bawang merah (di mayang)
                                                                Rempah 5 beradik
                                                                garam dan gula melaka

CARA MEMASAK:
Daging tetel tadi dibasuh bersih dan diletakkan ke dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama dengan daging tetel. Renehkan dengan api perlahan sehingga sebati dan kering air daging tetel.
Selepas itu, masukkan santan cair dan pekat ke dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula melaka secukupnya. Renehkan dengan api perlahan.
Dalam kuali berasingan, panaskan 4 sudu besar minyak masak, dan tumis rempah 5 beradik dan bawang merah mayang. Selepas itu, masukkan rempah kerutub dan rempah gulai darat dan goreng sehingga pecah minyak.
Selepas tiu, masukkan bahan yang ditumis garing tadi ke dalam periuk gulai daging tetel. Kacau dan reneh sehingga daging tetel lembut. akhir sekali masukkan kerisik dan tutup api.
Hidangkan.



CREAM PUFF

200 gm butter
200 gm gandum
340 gm air




0 comments:

Catat Ulasan