Pages

Jumaat, 3 Julai 2015

CUCUR UDANG RANGUP



CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
15 ekor udang sederhana besar
2 biji bawang besar hiris
1 ikat kucai hiris
1/4 biji lobak merah hiris
1 putih telur
1/4 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Bancuh tepung dengan ke semua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan sebati.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan ,letak seekor udang dan letakkan adunan cucur ke dalam minyak.
4. Goreng sehingga masak. Angkat dan hidangkan.

PECAL LELE




PECAL LELE

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan keli
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

BAHAN SAMBAL:

5 biji cili merah
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 sudu makan cuka
1 susu teh gula
Garam dan serbuk perasa secukupnya

ULAMAN:

30 gm sayur kangkung celur
3 hirisan timun



CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ikan keli bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Untuk sambalnya, kisarkan semua bahan bersama-sama dan gaul rata.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata.
4. Hidangkan bersama pecel lele serta ulam-ulaman.

GULAI LEMAK REBUNG






GULAI LEMAK REBUNG


BAHAN-BAHAN:

500 gm rebung
200 gm cili api hijau (kisar)
200 gm bawang merah (kisar)
1 inci kunyit hidup
500 gm santan pekat
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (di carik)
5 helai daun limau purut 
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Campurkan ke semua bahan di dalam periuk beserta sedikit air.
2. Kacau perlahan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.

Jumaat, 26 Jun 2015

SPHAGETTI BOLOGNESE




SPHAGETTI BOLOGNESE


BAHAN-BAHAN:

200 gm pasta spageti (di rebus al dente)
200 gm daging cincang
6 sudu makan minyak zaitun
1 labu bawang besar kuning (di dadu)
4 ulas bawang putih (di dadu)
400 gm tomato (dihancurkan)
1 tangkai daun pasrli segar (dihiris halus)
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya



CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu sehingga berbau harum.
2.  Masukkan sos tomato hancur bersama jusnya dan daun parsli.
3.  Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kemudian renehkan sos tomato atas api sederhana selama 20 minit. Hidangkan.

DAGING GORENG HALIA


DAGING GORENG HALIA


BAHAN-BAHAN:


600 gm daging
3 biji cili hijau (hiris)
1 biji cili pada (hiris)
4 cm halia (hiris)
1 biji bawang besar (mayang)
2 biji tomato (dipotong)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh serbuk kunyit
200 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap bersama halia cincang, serbuk kunyit dan garam selama semalaman atau setengah jam.
2  Kemudian masukkan sos tiram dan kacau rata.
3.  Seterusnya masukkan air untuk menjadikan daging cepat empuk.
4. Setelah daging empuk,masukkan bawang besar untuk mengharumkan lagi masakan. Perasakan.
5.  Akhir sekali, masukkan cili hijau dan tomato. Goreng sekejap dan bolehlah diangkat.




Khamis, 25 Jun 2015

PAJERI TERUNG



PAJERI TERUNG


BAHAN-BAHAN:

5 biji terung panjang (di belah memanjang)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah keras (kisar)
100 gm rempah kari daging
50 gm kerisik
100 ml air
1 biji kelapa (di ambil santan)
10 ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bahan kisar bersama bahan rempah kasar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama santan, garam dan juga gula. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan terung dan biarkan lembut.
4. Masukkan asam jawa bersama kerisik dan biarkan kuahnya menjadi pekat.
5. Angkat dan hidangkan.

Rabu, 24 Jun 2015

GULAI LEMAK NANGKA



 GULAI LEMAK NANGKA


  BAHAN-BAHAN:

  500 gm nangka
  200 gm cili api hijau 
  1 inci kunyit hidup
  500 gm santan pekat
  5 batang serai (ketuk)
  2 helai daun kunyit (disiat)
  5 helai daun limau purut
  3 keping asam gelugur
  Garam secukup rasa
  Air secukupnya



  CARA MEMASAK:

  1. Campurkan ke semua bahan di dalam periuk beserta air.
  2. Kacau perlahan di atas dapur sehingga mendidih.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.


MASAK ASAM IKAN PATIN



 MASAK ASAM IKAN PATIN



  BAHAN-BAHAN:


  250 gram ikan patin
  200 gram cili api merah (kisar)
  200 gram bawang besar (kisar)
  2.5 cm kunyit hidup (kisar)
  1 kuntum bunga kantan(dihiris)
  1 batang serai(diketuk)
  3 keping asam gelugur
  Garam secukup rasa
  2 liter air


  CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan kisar kecuali ikan patin dan garam ke dalam periuk.
  2. Kacau rata agar sebati dengan air dan masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Setelah itu masukkan ikan patin dan garam secukup rasa ke dalamnya. Kacau dan bolehlah di angkat.

Selasa, 23 Jun 2015

BUBUR KACANG DURIAN




BUBUR KACANG DURIAN


BAHAN-BAHAN:

300 gm kacang hijau (direndam)
2 keping gula melaka
60 gm gula pasir
2 ulas durian
Air secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Rendam kacang hijau seketika dan tos.
2. Masak kacang hijau dengan air secukupnya hingga empuk.
3. Apabila empuk, masukkan kepingan gula melaka bersama gula pasir dan biarkan masak seketika.
4. Masukkan daun pandan bersama isi durian. Biarkan masak lagi hingga pekat.
5. Apabila pekat, angkat dan hidangkan.

DAGING HITAM MANIS




DAGING HITAM MANIS


BAHAN-BAHAN:

1 kg daging
5 sudu kerisik
Minyak untuk menumis


BAHAN PERAPAN:

2 biji bawang besar  (kisar)
5 ulas bawang putih  (kisar)
3 batang serai  (kisar)
2 sudu makan ketumbar (sangai tumbuk halus)
1 sudu makan (sangai tumbuk halus)
1/2 sudu makan jintan manis (sangai tumbuk halus)
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
2 sudu rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN TUMIS:

1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang


CARA MEMASAK:

1. Daging yang telah dipotong digaul sebati dengan bahan perapan. Biarkan sejam.
2. Kemudian, panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan daging yang telah diperap bersama jusnya dan kacau rata.
4. Tambah air jika daging masih belum empuk. Biarkan mereneh.
5. Apabila daging empuk, masukkan kerisik untuk pekatkan kuah dan tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi panas.

JEJARI AYAM GORENG





JEJARI AYAM GORENG
  

BAHAN-BAHAN:

100 gm isi ayam
30 gm oat
30 gm serbuk roti
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


BAHAN PERAPAN:

4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk paprika
Garam dan lada hitam secukup rasa



CARA MEMASAK:

1. Potong isi ayam menjadi bentuk jejari, Ketepikan.
2. Kemudian sediakan bahan perapan dengan mencampurkan kesemua bahan kering di dalam sebiji mangkuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
3. Setelah itu, masukkan jejari ayam ke dalam adunan perapan. Gaul rata.
4. Celup jejari ayam ke dalam adunan telur yang dipukul sekejap.
5. Salut sebati pada serbuk roti dan oat.
6. Akhir sekali, goreng jejari ayam sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos minyak.
7. Sedia dihidangkan dengan mayonis.


SAMBAL PETAI DENGAN IKAN BILIS



SAMBAL PETAI DENGAN IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN:

5 keping petai (dihiris nipis dibuang kulit)

BAHAN KISAR:

10 tangkai cili kering
5 biji cili padi
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 gm belacan

Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Tos.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika. Tambah air jika bahan tumis agak kering.
3. Masukkan asam keping. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
4. Angkat dan hidangkan.

Ahad, 21 Jun 2015

SOTO AYAM


SOTO AYAM


BAHAN-BAHAN:

  20 gm mihun|dicelur
  100 gm isi ayam|direbus dan dipotong kecil isinya
  1 liter air rebusan ayam
  3 biji bawang merah
  2 ulas bawang putih
  2.5sm kunyit hidup
  2.5sm halia
  2 biji buah karas
  Garam dan serbuk perasa secukupnya
  Sedikit air


  CARA MEMASAK:
 
  1. Panaskan minyak dan tumis  bahan kisar hingga naik baunya.
  2. Kemudian tuangkan  air dan masukkan buah karas.
  3. Perasakan  dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.kacau rata.
  4. Masukkan ayam dan biarkan hingga mendidih.
  5. Angkat dan hidangkan bersama mihun serta isi ayam yang dicarik-carik.

MEE HAILAM





  MEE HAILAM


  BAHAN-BAHAN:

  250 gram mi kuning
  100 gram isi ayam(dipotong kecil)
  4 ekor udang
  1/2 biji bawang besar
  30 gram lobak merah
  3 ulas bawang putih
  1 peket jagung muda
  4 biji cili padi(dipotong dua)
  20 gram sawi
  1 biji cili merah
  2 sudu makan kicap pekat
  sedikit air
  garam dan serbuk perasa secukupnya
  minyak untuk menumis



  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi hingga naik baunya.
  2. Masukkan isi ayam ,udang bersama sedikit air.Biarkan seketika.
  3. Setelah itu,masukkan kicap dan kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa serta masukkan mee kuning. Gaulkan rata.
  5. Masukkan sawidan sayuran lain dan biarkan masak seketika.
  6. Angkat dan hidangkan bersama keropok udang.
   

CHAR KUEY TEOW



CHAR KUEY TEOW


 BAHAN-BAHAN :

  150 gram kuey teow 
  4 ekor udang
  3 biji bawang merah
  2 ulas bawang putih
  1 biji telur
  2 sudu makan cili kisar
  20 gram tauge
  100 ml sos kuey teow (boleh didapati di pasaraya)
  20 gram daun kucai
  30 ml minyak masak


  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar hingga naik baunya.
  2. Masukkan udang bersama kuetiau dan kacau rata.
  3. Setelah itu,masukkan tauge bersama kucai kacau seketika dan terus tutup apinya.
  4. Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat.

LAMB CHOP




LAMB CHOP



  BAHAN-BAHAN:

  300 gram daging kambing(dihiris nipis)
                                                              3 cm halia                                                                
  5 biji bawang putih    }  ditumbuk halus
  2 sudu makan kicap
  2 sudu makan sos tiram
  2 sudu teh serbuk lada hitam
                garam secukup rasa                   

  
  KUAH LADA HITAM:

  50 gram stok perang [demiglaze](dibancuh)dengan sedikit air
  2 biji bawang kecil            } dicincang
  2 ulas bawang putih            } dicincang
  1 1/2 sudu makan lada hitam(ditumbuk)
  sedikit air

  CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging kambing bersama halia,sos tiram, garam dan juga serbuk lada hitam
  bersama-sama dan kemudian perap selama dua jam.
  2. Selepas diperap,masak di atas kuali non stick dengan meletakkan sedikit minyak.
  Balik-balikkan hingga masak.
  3. Kemudian masukkan stok perang bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan pekat.
  4. Hidangkan daging kambing di atas pinggan dan tuangkan bersama sosnya.

YEE MEE KONGFU


YEE MEE KONGFU


 BAHAN-BAHAN:

  200 gram yee mi
  2 ulas bawang putih
  4 biji cili padi
  2 biji telur
  1/2 sudu teh lada hitam
  200 gram isi ayam (dipotong dadu)
  50 gram sayur kubis
  2 sudu makan tepung jagung
  250 ml air
  2 sudu makan sos tiram
  1/2 kiub pati ayam
  Garam secukup rasa


  CARA MEMASAK:

  1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga keperangan.
  2.Masukkan ayam dan telur.Kacau rata
  3.Tuangkan bancuhan air tepung jagung dan kacau rata.
  4.Setelah itu,masukkan kubis bersama lada hitam dan masukkan juga sos tiram.Biarkan kuahnya menjadi pekat.
  5.Letakkan yee mi di atas pinggan dan tuangkan kuah di atasnya.
  6.Sedia dihidangkan.

NASI GORENG SEAFOOD


NASI GORENG SEAFOOD


  BAHAN-BAHAN:

  200 gram nasi putih
  5 gram bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (diketuk)
  30 gram udang
  20 gram sotong (dipotong bulat)
  20 gram isi ayam (dihiris)
  10 gram kacang panjang
  10 gram lobak merah
  1 biji telur ayam
  1 sudu makan sambal udang kering
  1 sudu makan kicap cair
  1 sudu makan minyak bijan(untuk menumis)



  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak bijan. Tumis bawang merah sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang,sotong dan isi ayam. Tumis sehingga masak.
  3. Setelah itu,pecahkan telur dan kacau sehingga telur masak.
  4. Seterusnya masukkan sambal udang kering, lobak merah, kacang panjang, nasi putih serta kicap cair. Goreng sehingga nasi menjadi sedikit garing.
  5. Akhir sekali, hidangkan bersama ayam goreng, hirisan timun, tomato dan keropok ikan.
  6. Sedia untuk dinikmati.

MI BANDUNG



  MI BANDUNG
  
  


BAHAN-BAHAN:

  100 gram mi kuning [dibasuh,dicelur dan ditos]
  50 pes mi bandung
  20 gram ayam (di potong kecil)
  20 gram sotong (dihiris nipis)
  10 gram udang
  15 gram tomato (dipotong dadu)
  15 gram sawi (dipootong)
  15 gram tauhu (digoreng dan dihiris panjang)
  1 biji telur
  350 ml air rebusan daging
  serbuk perasa secukupnya

  
  BAHAN HIASAN:

  1 biji cili merah     # dihiris
  1 tangkai daun bawang  #dihiris
  bawang goreng secukupnya


  CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air rebusan daging bersama pes mi bandung, udang, daging dan sotong
  ke dalam periuk.bMasak menggunakan api yang kecil.
  2. Kemudian pecahkan telur.
  3. Apabila telur sudah separuh masak barulah dimasukkan sawi,tomato dan tauhu.
  Pastikan telur tidak pecah.
  4. Akhir sekali, masukkan serbuk perasa. Kacau rata dan tutup api.
  5. Masukkan mi kuning di dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya.Taburkan
  daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk hidangan.
  

Khamis, 18 Jun 2015

KEK PANDAN



KEK PANDAN


  BAHAN-BAHAN:

  10 biji telur
  400 gm mentega
  500 gm tepung gandum
  350 gm gula pasir
  3 sudu esen pandan
  sedikit warna hijau
  1/2 tin susu pekat (saiz kecil)
  1/2 tin seri kaya (sama saiz tin susu)
  130 ml santan pekat (kotak)
  sedikit serbuk vanila (jika suka)



  CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan satu persatu telur.
  2. Masukkan susu,seri kaya,esen pandan dan santan ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula,vanila dan tepung gandum. Gaul rata.
  4. Sediakan acuan yang telah diolehkan sedikit mentega sekelilingnya.
  5. Bakar adunan kek selama 40-45 minit atau sehingga masak.
  6. Tunggu kek sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama teh o panas.