LAMB CHOP
BAHAN-BAHAN:
300 gram daging kambing(dihiris nipis)
3 cm halia
5 biji bawang putih } ditumbuk halus
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
KUAH LADA HITAM:
50 gram stok perang [demiglaze](dibancuh)dengan sedikit air
2 biji bawang kecil } dicincang
2 ulas bawang putih } dicincang
1 1/2 sudu makan lada hitam(ditumbuk)
sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing bersama halia,sos tiram, garam dan juga serbuk lada hitam
bersama-sama dan kemudian perap selama dua jam.
2. Selepas diperap,masak di atas kuali non stick dengan meletakkan sedikit minyak.
Balik-balikkan hingga masak.
3. Kemudian masukkan stok perang bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan pekat.
4. Hidangkan daging kambing di atas pinggan dan tuangkan bersama sosnya.
0 comments:
Catat Ulasan