Pages

Khamis, 4 Jun 2015

TELUR BISTIK





TELUR BISTIK



 BAHAN UNTUK KULIT:

  4 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit minyak

BAHAN INTI:

  120 g daging cincang
sebiji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (di potong dadu)
3 biji cili api (di potong halus)
  2 biji ubi kentang {di potong dadu}
1 cawan sayur campur
  garam dan lada sulah
  

  


 CARA PENYEDIAAN:

 1. Tumis bahan untuk inti dimulakan dengan bawang besar dan bawang putih serta cili api.
2. Bila kecoklatan, masukkan ubi kentang, masak hingga empuk.
3. Masukkan sayur campur dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Matikan api, sejukkan.
4. Dalam kuali yang lain, telur 4 biji tadi dibuat telur dadar.
5. Gelekkan besar untuk dimasukkan inti yang kita masak tadi.
6. Masukkan inti dalam telur dadar dan lipat seperti murtabak. Hidangkan dalam pinggan bujur.
7. Untuk tambahkan seri, paipkan sos cili dan hiaskan dengan salad segar.
  

  HIDANGAN  : 4 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan