Pages

Jumaat, 5 Jun 2015

STEW DAGING





STEW DAGING


  BAHAN-BAHAN:
  
  150 g daging lembu atau kambing(dibasuh dan dipotong kepada kepingan.
Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam)

  1 biji bawang besar (dipotong 4)
  2 biji kentang (dipotong 2/4 dan direndam)
  1 batang lobak merah (dipotong kiub besar)
  500 ml air
  2 keping bunga lawang
  1 camt tepung jagung (dicampur dengan air menjadi pes cair)
  2 camb minyak masak
  1/2 camt kicap cair
  1/4 camt kicap pekat
  serbuk lada sulah dan garam (secukup rasa)



 CARA PENYEDIAAN:

 
  (a) basuh dan potong daging kemudian perasakan
  (b) bersihkan dan potong semua sayuran serta perencah yang lain
 
  MEMASAK STEW DAGING

  (a) panaskan minyak dalam periuk.Gorengkan daging hingga kuning sedikit.Tambah air,bunga cengkih dan bunga lawang. Perlahankan api untuk merenehkan daging selama 30-40 minit hingga daging menjadi lembut.

  (b) apabila daging empuk, masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Masak selama 20-25 minit hingga sayur empuk. Campurkan pes tepung jagung untuk memekatkan kuah stew. Perasakan. Hidangkan stew panas-panas di dalam mangkuk kaserol. Ia sedap di makan dengan roti Perancis yang dipotong serong.
 
  

0 comments:

Catat Ulasan