Pages

Khamis, 18 Jun 2015

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU





SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

  BAHAN-BAHAN:

  50 gm daun pucuk ubi kayu {dihiris halus}
  50 gm daun kaduk { dihiris halus}
  50 gm pucuk labu { dihiri halus}
  3 helai daun kunyit { dihiris halus}
  4 biji bawang merah { ditumbuk}
  20 biji cili padi {ditumbuk}
  2 cm kunyit hidup { ditumbuk }
  1/2 kg santan
  150 gm petai
  200 gm tempoyak
  200 gm ikan bilis
  Garam secukup rasa
  Air secukupnya

  
CARA PENYEDIAAN :

  1. Didihkan sedikit air bersama bahan tumbuk dan daun-daun yang dihiris halus. Gaulkan sebati.
  2. Masukkan petai bersama ikan bilis dan masukkan garam secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan santan dan gaulkan sehingga mesra.Biarkan kuahnya mendidih seketika.
  4. Akhir sekali, masukkan tempoyak dan gaulkan rata. Biarkan masak sehingga kuahnya menjadi pekat.
  5. Angkat dan hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan