Pages

Ahad, 24 Mei 2015

ROTI JALA BERLAUK



ROTI JALA BERLAUK



BAHAN-BAHAN (ROTI JALA):


  2 cawan tepung gandum
  1 biji telor
  1 cawan santan cair
  2 cawan air secukupnya
  sedikit serbuk kunyit untuk warna
  garam secukup rasa
  


  CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan di dalam blender.Kisar sehingga halus.
  2. Panaskan non-stick pan dan sapu minyak.Curahkan batter dari acuan roti jala di atas pan itu.
  3. Masak roti jala di sebelah permukaan sahaja hingga kuning muda. Lipat sekeping-sekeping atau
   gulungkan dengan kemas. Hidangkan.



  BAHAN-BAHAN INTI:  


  100 gm ubi kentang (didadu halus)
  30 gm udang basah (didadu halus)
  1 ulas bawang merah (cincang)
  1 ulas bawang putih (cincang)
  1 camt serbuk cili + 2 cams air
  garam sekucup rasa
  2 camb minyak menggoreng




 CARA MEMASAK:
  1.Panaskan minyak dan goreng bawang putih dan pes cili hingga wangi.
  2.Masukkan udang basah dan bawang merah.Kacau rata.
  3.Masukkan ubi kentang.Tambah sedikit air supaya inti tidak hangus.Masak kentang hingga lembut.
  4.Perasakan dengan garam.Kacau rata.Angkat dan biar sejuk.

  CARA MENGGULUNG ROTI JALA DENGAN INTI:
  1.Bubuh 1 cams inti udang di atas roti jala.Lipat kedua-kedua tepi roti jala.Gulung kemas.
  2.Ulang hingga semua batter dan inti habis.Hidangkan panas atau sejuk dalam pinggan cantik.


  KAEDAH MEMASAK:MENGGORENG
  HIDANGAN:8-10 ORANG

Sabtu, 16 Mei 2015

KEK COKLAT MOIST KUKUS




KEK COKLAT MOIST KUKUS



Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla


CARA MEMASAK:

1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
6. Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
7. Kukus kek selama 1 jam atau sehingga masak.


Resepi coklat ganache :

1. 1/2 tin susu pekat manis
2. 1/2 cawan serbuk koko
3. sedikit butter/ minyak masak (untuk ganache berkilat)
4. sedikit susu segar/cair secukupnya

*kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat. 

Khamis, 14 Mei 2015

ANGEL CAKE




Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari.....Alhamdulillah...hari ni mood cikgu untuk kembali beraksi di dapur datang balik. Cikgu terasa nak mencabar diri cikgu untuk membaking kek yag berkemahiran tinggi iaitu Angel Cake atau Kek Bidadari....Kenapa di panggil Angel Cake?...Bila cikgu buat ujikaji ke atas kek ini...ia mungkin disebabkan tekstur keknya yang sangat halus, lembut dan melting in your mouth...wahhh!!! Speaking gitu...Angel Cake sangat ringan dan sangat gebu serta cantik di sebabkan taburan ceri merah dan hijau di dalamnya..Angel Cake juga dibuat dari meringue putih telor yang dipukul sehingga bertanduk atau soft-peak. Cikgu berharap agar follower blog Cikgu dapat buat juga Angel Cake kerana bila dah buat, baru kita tahu tahap kepakaran kita....So...tunggu apa lagi.....BAKE!!!!



ANGEL CAKE





BAHAN-BAHAN:


A
320gm putih telur(dari 8 biji telur)
120gm gula kastor
1/4 sudu teh garam

B
1 sudu besar jus lemon
Parutan kulit lemon

C
30gm ceri merah(potong dadu)
30gm ceri hijau(potong dadu)


D
100gm tepung gandum(ayak)



CARA MEMASAK:

1. Panaskan oven dengan suhu 180C.
2. Pukul putih telur hingga berbuih.
3. Masukkan gula dan garam.  Pukul sehingga pekat dan bertanduk.
4. Masukkan tepung gandum(kaup dan balik)
5. Masukkan jus lemon, parutan kulit, ceri merah dan ceri hijau. Kaup dan balik bentuk 8..
6. Masukkan ke dalam loyang kek ciffon dan bakar selama setengah jam(30 minit), atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi bersih di tengah kek. Kalau lidi bersih, itu tanda kek sudah masak.
7. Apabila sudah masak, keluarkan segera dari oven, terlangkupkan loyang sehingga kek hampir sejuk.
8. Bolehlah dikeluarkan dari loyang. HIDANGKAN.


KARIPAP




KARIPAP

Assalamualaikum sahabat maya....terliur rasanya tengok gambar karipap. Cikgu memang peminat karipap. Tak kira kiralah karipap kentang atau sardin. Kalau cikgu balik kampung cikgu, mesti cikgu bedal karipap ikan. Di kampung cikgu, karipap ikan memang sohor. Kali ni cikgu nak ajar macamana nak buat karipap. Sesetengah orang suka menggunakan shortening dan margerin. Tapi cikgu lebih suka guna minyak panas. Nak buat camne, cikgu membesar dengan ajaran mak. Nak buat karipap guna minyak panas. Tapi memang sedap sebab rangup. Minyak tak boleh lebih, takut nanti doh berminyak susah nak di kelim tepinya...Tak boleh juga terkurang minyak,takut nanti bile nak menggoreng, kulit karipap menggerutu. So...apa tunggu lagi...jom masak!!!!



  BAHAN-BAHAN:

  
  BAHAN DOH:

  125 gm tepung gandum
  sedikit garam
  3 sudu besar minyak masak panas
  air secukupnya


  BAHAN INTI:

  100 gm ayam dipotong dadu
  3 biji ubi kentang (di dadu)
  1 biji bawang besar (di dadu)
  1 sudu besar serbuk kari (dibancuh dgn 2 sudu besar air untuk pes)
  garam secukup rasa
  1 tangkai daun kari
  1 sudu besar minyak
  1 cawan air



 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar. Masukkan rempah kari dan daun kari. Goreng hingga rempah pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan goreng sebentar. Masukkan ubi kentang, garam dan air dan masak bahan tadi sehingga kentang empuk dan inti agak kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Sementara menunggu inti sejuk, panaskan minyak masak. Gaulkan minyak itu ke dalam tepung gandum hingga berderai tepungnya.
  4. Masukkan air secara berperingkat sambil adunan di adun cantik menjadi doh lembut. Canai doh
  mengikut tebal 2mm.Terap doh dengan penerap bulat besar.
  5. Isikan bulatan doh dengan inti karipap. Kelim tepi karipap dengan kemas dan cantik.
  6.Goreng karipap dalam minyak panas hingga kuning. Hidangkan dalam pinggan dan hiaskan.
  

Rabu, 13 Mei 2015

KUIH KASWI




Assalamualaikum sahabat maya...hari ni cikgu nak ajar satu resepi yang memang senang sangattt. Mak cikgu selalu buat kalau kami adik beradik balik kampung Terengganu. Memang air tangan mak THORBAEKKK!!. Modalnya sangat sikit...tepung gandum, gula melaka  dan gula pasir...yang lain sikit-sikit je kita guna. Hasilnya banyak dan boleh makan banyak kali. Tidak muak pula tu. Air abu tu kalau tak nak letak pun tak apa. Cikgu tak bubuh pun sebab penggunaan air abu tak banyak dalam masakan lain. So, kalau beli semata-mata untuk buat kuih kaswi ni, tak payahlah...membazir je...cara memasaknya ialah dengan mengukus. Tak payah nak ikat kain pada penutup kukus sebab tempoh masaknya sekejap sahaja. Cukuplah dengan mengelap penutup kukusan. Potong bila kuih kaswi sudah sejuk ye...baru cantik...So..apa tunggu lagi...jom masak !!!!...


KUIH KASWI


  BAHAN-BAHAN:

  125 g tepung gandum (ayak)
  50 g tepung ubi (ayak)
  75 g gula melaka
  50 g gula pasir
  350 ml air
  1 helai daun pandan
  1/2 camt air kapur
  1/2 camt air abu (jika perlu)

  *2 camb kelapa parut
   secubit garam



  CARA MEMASAK:

  1. Cairkan air  gula melaka dengan daun pandan di dalam periuk dan biarkan sejuk.
  2. Sediakan kukusan dengan masakkan air di dalamnya.Panaskan dulang pengukus.
  3. Sementara itu, ayak tepung gandum dan tepung ubi di dalam mangkuk adunan.
  4. Kuak tepung ke tepi dan curahkan sirap gula di tengah-tengahnya.Kacau rata.
  5. Tapis adunan dengan kain maslin/penapis teh.
  6.Tuangkan batter kaswi ke dalam dulang pengukus dan tutup.Kukus selama 20-25 minit atau sehingga adunan masak.Sejukkan dan potong dalam bentuk diamond.
  7. Golekkan potongan kaswi ke dalam kelapa putih yang dibubuh sedikit garam.Hidangkan.


  HIDANGAN:   4 ORANG (8-10 KEPING)
  KAEDAH MEMASAK:   MENGUKUS

PUDING KARAMEL





PUDING KARAMEL


 BAHAN-BAHAN:

Karamel
60 g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air


Puding
4 biji telur
500 ml susu segar
70 g gula
sedikit esen vanilla


Kek span
70 g tepung gandum
60 g gula halus
2  biji telur
20  g mentega- dicairkan



CARA-CARA:
1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Sediakan karamel. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Ahad, 10 Mei 2015

RESEPI PULUT DURIAN

 


PULUT DURIAN BERSAMA SANTAN

Assalamualikum sahabat...hari ni nak bercerita berkenaan durian Si raja Buah. Baunya yang memikat memanggil orang untuk merasanya. Cikgu sangat sukakan durian. Masa zaman cikgu muda-muda dulu, cikgu selalu kutip durian belakang rumah. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Daripada sebiji buah durian, macam-macam yang kita boleh buat, pengat durian, bubur durian, lempuk, tempoyak. Kali ni cikgu nak buat pulut durian yang mana kuahnya di letakkan durian di dalamnya. Boleh dimakan dengan roti jala atau pulut diharung bersama dengan santan. So, tunggu apa lagi...jom buat!!!
 
BAHAN-BAHAN:

1 kg beras pulut
1 kg santan
1/2 kg gula
1/2 cawan gula merah
4 helai daun pandan
Secubit garam
Durian secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Beras pulut dikukus separuh masak.
2. Setelah masak, masukkan sedikit santan dan kukus sehingga masak. Ketepikan.
3. Santan dimasak sehingga mendidih, masukkan gula, gula merah dan masak hingga mendidih.  
4. Masukkan durian dan masak hingga mendidih.
5. Hidangan pulut dengan kuah dengan kuah durian.

Sabtu, 9 Mei 2015

NASI TOMATO



Assalamualaikum....hari ni cikgu nak bercerita mengenai nasi tomato. Nasi berperisa yang menjadi kegemaran keluarga cikgu setiap kali tiba hari raya selain daripada nasi dagang. Nasi tomato ni memang senang di buat. Bahannya bahan asas seperti nasi beriani. Cuma ia menggunakan tomato puri untuk memberikan perisa tomato. Kalau nak sedap lagi, boleh tambahkan yogurt agar tekstrur nasi akan menjadi lembap dan sedap. Banyakkan juga penggunaan daun ketumbar dalam nasi tomato ini. Jangan pula bertukar dengan daun sup!!. Daun ketumbar mempunyai bau yang kuat berbanding daun sup. Untuk nasi tomato yang wangi, gunakan juga beras Basmathi. Lagipun beras ini panjang, cantink dan tidak lembik. So, apa tunggu lagi...jom masak!!!...



NASI TOMATO


BAHAN-BAHAN:


  2 cawan beras (dibasuh dan dibersihkan)
  4 ulas bawang merah (mayang)
  2 ulas bawang putih (mayang)
  2 hiris halia (dimayang)
  2 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu sejat
  2 camb minyak sapi
  1/2 cawan tomato puri
  1 camb kismis
  2 cm kulit kayu manis
  2 kuntum bunga cengkih
  2 biji pelaga
  1 kuntum bunga lawang
  garam



  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi,tumiskan bawang, halia dan rempah ratus di dalam periuk elektrik yang diletak di
  atas dapur gas.
  2. Masukkan air, susu, garam, daun pandan, tomato puri dan biar mendidih.
    Letakkan periuk elektrik di dalam bekasnya dan tekan butang "cook".
  3. Masukkan beras, kacau dan tutup. Apabila kering,  kecilkan api dan taburkan kismis.
  4. Hidangkan nasi minyak panas dalam pinggan bujur.Hiaskan dengan gajus bakar dan bawang goreng.

  KAEDAH MEMASAK:  MEREBUS
  HIDANGAN:  4 ORANG

SAMBAL HIJAU


SAMBAL HIJAU

Assalamualaikum...lama rasanya cikgu dah tak update blog masakan cikgu. Kali ni cikgu nak bercerita tentang satu resepi yang cikgu suka iaitu Sambal Hijau....Dah namapun Sambal Hijau...sah-sahlah guna cili hijau ye dak?...Pertama kali cikgu makan sambal hijau ni bila cikgu buat potluck dengan member sekolah pada pagi Jumaat. Biasanya kalau tiba hari Jumaat, kami akan adakan majlis potluck...saja je nak tunjuk kebolehan memasak masing-masing. Pada hari tu juga, kawan cikgu, cikgu Nadira bawak lempeng cicah Sambal Hijau. Mula-mula rasa macam pelik sebab orang Pantai Timur mana pernah makan samball hijau ni. Tapi kawan cikgu kata, kak...orang Johor memang biasa dengan sambal ni...So...cikgu pun try lah makan...Rupanyer...memang sangat sedap....kawan cikgu letak ikan bilis dalam sambal hijau tu. Tapi, boleh juga kita gantikan dengan timun, petai atau jering. Ikut selera masing-masing.So...apa tunggu lagi...jom masak....!


 BAHAN-BAHAN:

1 batang timun/ 15 ulas petai (di belah dua)
200 gm ikan bilis (di rendam)
2 biji bawang besar kuning (di mayang)
sedikit jus limau nipis
Garam secukup rasa


BAHAN TUMBUK:

5 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
2 cm lengkuas


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan bersatu.
3. Masukkan timun atau petai, bawang besar,jus limau nipis, serta garam secukup rasa.
4. Gaulkan hingga rata dan kemudian angkat.
5. Hidangkan.

KAEDAH MEMASAK: MENGGORENG
HIDANGAN: 3-4 ORANG

Rabu, 6 Mei 2015

CHOCOLATE CREAM PUFF


CHOCOLATE CREAM PUFF

Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...Minggu ni cikgu nak mencuba sedikit kelainan terhadap resepi cream puff yang cikgu buat. Kali ini cikgu hendak memperisakan cream puf cikgu ini dengan perisa Coklat Emulco. Apa salahnya, kan . Kalu tak cuba, kita takkan tahu rasanya. Kenapa cikgu pilih coklat emulco? Kerana aroma coklat emulco itu sendiri sudah memanggil kita untuk menjamahnya. Ia sangat wangi dan warnanya sangat cantik. Bukan warna seperti serbuk koko. Asas adunannya sama sahaja, cuma di akhir adunan, tambahkan 2 sudu besar coklat besar. Kemudian letakkan doh ke dalam piping bag dan pipingkan adunan di dalam dulang membakar. So, apa tunggu lagi...jom buat!!!.....


BAHAN-BAHAN:

200 gm butter
  200 gm tepung gandum
  350 gm air
  5 biji telor gred B

  BAHAN INTI:
  
  Whip krim
  Esen vanilla
  2 sudu besar gula kastor
  *dipukul laju dengan mixer


BAHAN D

2 sudu besar coklat emulco



  CARA MEMASAK:
  1.Panaskan air dan butter.Tunggu hingga butter mencair dan menggelegak.Dengan cepat,masukkan
  tepung gandum ke dalam periuk dan tutup api dengan segera.
  2.Gaulkan adunan tadi dengan senduk kayu dengan laju sehingga adunan suam.
  3.Masukkan telor satu persatu dan kacau dengan senduk kayu. Selepas itu, masukkan chocolate emulco.
  4.Masukkan doh ke dalam piping bag yang sudah di letak nozzel bintang (star).
  5.Piping doh ke atas dulang pembakar yang telah di sapu butter.
  6.Bakar doh tadi pada suhu 180-200 darjah celcius.Gunakan api atas bawah.
  7.Setelah masak,keluarkan dari oven dan boleh lah digunting sedikit tepinya untuk disumbat intinya.
  8.Hidangkan dalam pinggan.


CROQUEMBOUCH


CROQUEMBOUCH


Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya...kali ni cikgu nak beri pendedahan kepada kawan-kawan yang amat berminat dalam dunia pastri. Cikgu sangat obses dengan pastri kerana cikgu boleh tahu sejauh mana kemahiran membuatnya. Seringkali cikgu menonton rancangan Great British Bake Off Season 1 and 2. Rancangan tersebut memberi banyak pendedahan kepada cikgu bagaimana untuk "mendisiplinkan" adunan pastri. Pada Jumaat lepas, cikgu menonton rancangan tersebut di mana para pesertanya diminta untuk membuat Croquembouch. Pada dasarnya, cikgu pernah membuatnya. Tapi Croquembouch yang cikgu buat tidak tinggi sebagaimana resepi asal. Rendah saja Croquembouch cikgu,cukup-cukup untuk anak-anak. Croquembouch ini adalah resepi klasik Perancis yang menggunakan doh cream puf. Dalam sisipan sebelum ini, cikgu ada menyentuh yang dari adunan cream puf, ia boleh menghasilkan banyak resepi pastri yang elegan.Untuk meninggikan adunan Croquembouch, kita hanya perlu mencelupkan dasar doh puff ke dalam gula yang telah di karamel. Bunyinya senang, tapi untuk membuatnya sangat susah. Bermain dengan karamel yang sangat panas bukanlah sesuatu yang seronok. Tapi, bila kita dah buat, kita akan dapat kepuasan maksimum....So, tunggu apa lagi....jom buat!!!!


BAHAN-BAHAN:


200 gm butter
  200 gm tepung gandum
  350 gm air
  5 biji telor gred B


  BAHAN INTI:
  
  Whip krim
  Esen vanilla
  2 sudu besar gula kastor
  *dipukul laju dengan mixer
  

BAHAN KARAMEL:

2 cawan gula
2 sudu air



  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan butter.Tunggu hingga butter mencair dan menggelegak. Dengan cepat,masukkan
  tepung gandum ke dalam periuk dan tutup api dengan segera.
  2. Gaulkan adunan tadi dengan senduk kayu dengan laju sehingga adunan suam.
  3. Masukkan telor satu persatu dan kacau dengan senduk kayu. 
  4. Masukkan doh ke dalam piping bag yang sudah di letak nozzel bintang (star).
  5. Piping doh ke atas dulang pembakar yang telah di sapu butter.
  6. Bakar doh tadi pada suhu 180-200 darjah celcius. Gunakan api atas bawah.
 7.Setelah masak, keluarkan dari oven dan boleh lah digunting sedikit tepinya untuk disumbat intinya.
 8. Sementara itu, masukkan gula ke dalam periuk untuk dijadikan karamel. Gunakan api perlahan kerana dikhuatiri gula akan hangus dengan cepat. Apabila gula sudah kekuningan, masukkan air dan biarkan dalm 1-2 minit. Jangan dikacau, hanya goncang-goncangkan periuk. Matikan api.
 9. Dengan cepat, celup dasar Croquembouch ke dalam karamel dan susun secara membulat di dalam pinggan hidangan. Buat sehingga puff habis. 
10. Akhir sekali, ambil garpu dan celup ke dalam karamel dan bawa garfu tersebut ke atas Croquembouch dan ayun-ayunkan garfu dalam bentuk membulat sehingga karamel membentuk jaring halus.
  11. Hidangkan kepada tetamu bersama teh o panas.


KAEDAH  MEMASAK:  MEMBAKAR
HIDANGAN  :  4 ORANG



IKAN GORENG KICAP


IKAN GORENG KICAP


Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...Hari ni cikgu dalam mood malas masak...tapi cikgu paksakan diri untuk memasak bila terkenangkan apa yang anak-anak bertuah cikgu nak makan bila balik sekolah nanti. Macam biasa, anak cikgu, Intan akan tanya ibu masak apa hari ni?.Bila cikgu cakap, ibu masak ikan masak kicap, dia akan terus berlari ke dapur. Dia obses dengan apa-apa sahaja masak kicap. Ikan masak kicap adalah masakan yang sangat senang. Boleh guna apa-apa sahaja jenis ikan, bawal,kerapu, siakap, kembung, plaling, sardin dan lain-lain. Kebetulan hari tu, ada ikan tuna dalam peti ais cikgu. Cikgu potong 2 sebab ikan tu bersaiz besar. Sos kicap pula, cikgu hanya tambahkan barang asas di dapur, sos cili, tomato, sos tiram dan cikgu banyakkan bawang besar. Cikgu suka penggunaan bawang besar yang banyak sebab bawang ada elemen manis. So, tunggu apa lagi, jom buat!!!.........


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan (dipotong 2 bagi setiap ekor)
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar (di hiris kasar)
3 ulas bawang putih (di mayang)
1 sudu teh air asam jawa
2 biji cili hijau (di potong serong)
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Pertama sekali, ikan di bersihkan dan di lumur garam kunyit.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan. Jangan terlalu garing kerana nanti tekstur ikan tidak sedap.
3. Setelah ikan habis di goreng, keluarkan sikit minyak gorengan. Sedia untuk menumis bahan-bahan sos.
4. Tumis bawang merah, cili hijau, bawang putih hingga naik bau. Masukkan kisos cili, sos tomato, sos tiram, air asam jawa. Reneh hingga bahan sebati dan mesra.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan dengan nasi panas.


KAEDAH MEMASAK:  MENGGORENG
HIDANGAN: 3 ORANG

Selasa, 5 Mei 2015

TELUR GORENG KULAT SISIR



TELUR GORENG KULAT SISIR

Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Cikgu sihat di samping keluarga. Hari ni cikgu terasa nak buat resepi yang sangat simple tapi sedap. Resepi itu ialah telur goreng kulat sisir.Pada yang tak pernah dengar kulat sisir ialah, ia sejenis kulat yang tumbuh di dahan pokok-pokok getah selepas hari hujan. Kulat sisir akan tumbuh dengan banyak apabila mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Masa cikgu kecil dulu, cikgu selalu ikut arwah ayah kutip kulat sisir. Banyak yang cikgu dapat...lepas tu cikgu cucikan kotoran yang ada pada kulat sisir tu dan rendam dengan air garam untuk hilangkan sedikit bau pokok getah tu. Tapi serius,kulat sisir memang sedap. Selain enak di masak dengan telur goreng,is sedap di buat masak lemak putih. Dicampur dengan sayuran petola, pucuk paku dan timun. Memang mabeles!!!...Cikgu nak mintak maaf sebab kejadian telur goreng ni, agak pecah sebab cepat sangat cikgu balikkan telurnya...hihi..tak sabar nak makan lah tu... So,tunggu apa lagi, jom buat...!!!!


BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
1 cawan kulat sisir (di bersih dan direndam air garam)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

1. Pecahkan telur dalam mangkuk, dan masukkan kulat sisir di dalam telur.
2. Kemudian, masukkan bawang besar hiris dan cili serta garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan telur goreng kulat sisir.
4. Balikkan telur apabila sudah masak di sebelah, dan ulang proses balik sehingga telur masak.
5. Angkat telur apabila masak. Hidangkan dalam pinggan.

KAEDAH MEMASAK:  MENGGORENG DALAM MINYAK SEDIKIT
HIDANGAN:  2 ORANG

BINGKA LABU



Assalamualaikum sahabat maya dikehendaki anda berada dalam keadaan sihat hendaknya...Hari ni cikgu nak uruskan sebiji labu yang cikgu beli minggu lepas. Labu ni untuk pengetahuan kawan-kawan sekelian banyak menu yang boleh kita buat. Pengat labu, sayur masak lemak labu, labu goreng dan lain-lain.Tapi apa yang paling cikgu suka buat dengan labu ialah Bingka labu. Bingka labu adalah makanan tradisional Malyu yang sangat senang dibuat. Campak-campak dalam blender dan kisar, terus di letak dalam loyang dan di bakar. Tunggu sejuk dan hidangkan. Proses membakar lebih kurang 45 minit, api atas bawah. Rasa lemak dari buah labu memang membuat kita nak makan lagi dan lagi. So, apa tunggu lagi, jom buat!!!!



BINGKA LABU


BAHAN-BAHAN:

2 cawan labu (dibersih, direbus, di lecek)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 biji kelapa (diperah sekali) / 650 ml santan
4 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter (di cairkan)
Garam untuk memancing rasa
Bijan


CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan dalam blender kecuali labu, gula dan bijan. Kisar hingga hancur.
2. Letakkan semua adunan ke dalam mangkuk plastik dan masukkan gula kastor.Kacau sebati. Setelah gula kastor hancur dan adunan batter sebati masukkan bingka labu ke dalam loyang yang telah di glis dengan butter.
3. Taburkan bijan dan terus masukkan ke dalam oven, Bakar pada suhu 130 darjah celcius atau sehingga masak.
4. Jika anda inginkan kerak tebal di bawahnya, tukar api oven kepada functiom api bawah sahaja di hujung pembakarannya.
5. Tunggu sejuk bingka labu itu sebelum di potong. Hidangkan di atas piring.
6. Sesuai untuk minum petang.

KAEDAH MEMASAK:  MEMBAKAR
HIDANGAN:  5 ORANG

BLUEBRRY JAPANESE COTTON CHEESE CAKE






Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...
  Cikgu dan keluarga semua sihat...akhir-akhir ni cikgu sibuk sedikit menyiapkan tempahan daripada
  pelanggan.Dan cikgu kena pandai membahagikan masa dengan keluarga,kerjaya dan bisnes.Antara kek yang paling banyak menerima tempahan pelanggan ialah Blueberry Japanese Cotton Cheese Cake. Tekstur kek ini sangat lembut dan gebu.Bahan-bahannya tidak banyak,tetapi memerlukan skala kemahiran dan teknik yang betul untuk membuatnya.Jika tidak kena tekniknya,kek akan menjadi padat dan bantat.Ini kerana kegebuan kek ini hanya bergantung kepada telur.Kek ini juga ada persamaan dengan Kek Hokkaido,cuma yang membezakannya,kek Hokkaido dibakar dalam cup kecil dan diisi dengan krim kastard selepas kek itu masak.Akan tetapi,kek Jepun ini dibakar dengan
  kaedah double-boil di dalam loyang.Fillingnya pula,terpulang kepada anda samada untuk letak filling blueberry,strawberry dan chocolate emulco.Selepas dibakar,jangan keluarkan kek tersebut dari oven,biarkan 3-4 jam sehingga sejuk dan letak dalam peti ais.Kek Cotton Jepun ini sedap dimakan sejuk dan memang tidak jemu dimakan.So,tunggu apa lagi....Jom buat!!!



 BLUEBERRY JAPANESE COTTON CHEESE CAKE



BAHAN-BAHAN:

         -A-  
150 ml susu rendah lemak
  300 gm krim keju
  50 gm gula kastor
  * bahan di atas diletak dalam mangkuk stainless steel dan dimasak guna 
  kaedah double boil

       -B-
  30 gm tepung jagung
  3 biji kuning telur
  1 sudu kecil esen vanilla

      -C-
  3 biji telur putih
  90 gm gula kastor

-D-
Bluberry filling


 CARA MEMASAK:

  1.Panaskan bahan A dengan menggunakan kaedah double boil.Kacau dengan menggunakan whisk.
  2.Apabila adunan A sudah panas,tutup api,angkat bekas dan kacau laju sehingga adunan gebu dan sebati.
  3.Ketepikan bahan A.Sementara itu,di dalam mixer bowl,putih telur di adun sehingga menjadi meringue.
  Bila putih telur sudah naik elok,tambahkan gula kastor perlahan-lahan sehingga telur putih soft-peak
  atau bertanduk.
  4.Kemudian,letakkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau sebati.Selepas itu,masukkan telur putih
  meringue tadi ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan A dan B.Kaup balik dengan menggunakan spatula.
  5.Sesudah sebati,masukkan kek Jepun ke dalam loyang pembakar.Jika anda hendak masukkan filling kek,anda boleh berbuat demikian sebelum adunan di masukkan dalam loyang pembakar.
  6.Suhu oven 160 darjah, dipasang kipas dan api atas bawah.Jangan lupa guna kaedah bakar
  double-boil.Sesudah kek naik tinggi dan permukaan kek bertukar warna kecoklatan,turunkan suhu oven kepada 110 darjah dalam tempoh 40-45 minit lagi.
  7.Tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama 3-4 jam.Hidangkan sejuk untuk minum petang.










JAPANESE COTTON STRAWBERRY CHEESE CAKE


JAPANESE COTTON STRAWBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...
  Cikgu dan keluarga semua sihat...akhir-akhir ni cikgu sibuk sedikit menyiapkan tempahan daripada
  pelanggan.Dan cikgu kena pandai membahagikan masa dengan keluarga,kerjaya dan bisnes.Antara kek yang paling banyak menerima tempahan pelanggan ialah Strawberry Japanese Cotton Cheese Cake.Tekstur kek ini sangat lembut dan gebu.Bahan-bahannya tidak banyak,tetapi memerlukan skala
  kemahiran dan teknik yang betul untuk membuatnya.Jika tidak kena tekniknya,kek akan menjadi
  padat dan bantat.Ini kerana kegebuan kek ini hanya bergantung kepada telur. Kek ini juga ada 
  persamaan dengan Kek Hokkaido,cuma yang membezakannya,kek Hokkaido dibakar dalam cup kecil  dan diisi dengan krim kastard selepas kek itu masak.Akan tetapi,kek Jepun ini dibakar dengan
  kaedah double-boil di dalam loyang.Fillingnya pula,terpulang kepada anda samada untuk letak filling blueberry,strawberry dan chocolate emulco.Selepas dibakar,jangan keluarkan kek tersebut dari oven,biarkan 3-4 jam sehingga sejuk dan letak dalam peti ais.Kek Cotton Jepun ini sedap dimakan sejuk dan memang tidak jemu dimakan.So,tunggu apa lagi....Jom buat!!!



  BAHAN-BAHAN:

         -A-  
150 ml susu rendah lemak
  300 gm krim keju
  50 gm gula kastor
  * bahan di atas diletak dalam mangkuk stainless steel dan dimasak guna 
  kaedah double boil

       -B-
  30 gm tepung jagung
  3 biji kuning telur
  1 sudu kecil esen vanilla

      -C-
  3 biji telur putih
  90 gm gula kastor

-D-
Strawberry filling


  CARA MEMASAK:

   1.Panaskan bahan A dengan menggunakan kaedah double boil. Kacau dengan menggunakan whisk.
  2.Apabila adunan A sudah panas,tutup api,angkat bekas dan kacau laju sehingga adunan gebu dan sebati.
  3.Ketepikan bahan A.Sementara itu,di dalam mixer bowl,putih telur di adun sehingga menjadi meringue.
  Bila putih telur sudah naik elok,tambahkan gula kastor perlahan-lahan sehingga telur putih soft-peak
  atau bertanduk.
  4.Kemudian,letakkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan telur putih
  meringue tadi ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan A dan B. Kaup balik dengan menggunakan spatula.
  5.Sesudah sebati,masukkan kek Jepun ke dalam loyang pembakar. Jika anda hendak masukkan filling kek,anda boleh berbuat demikian sebelum adunan di masukkan dalam loyang pembakar.
  6.Suhu oven 160 darjah, dipasang kipas dan api atas bawah. Jangan lupa guna kaedah bakar
  double-boil. Sesudah kek naik tinggi dan permukaan kek bertukar warna kecoklatan, turunkan suhu oven kepada 110 darjah dalam tempoh 40-45 minit lagi.
  7.Tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama 3-4 jam.Hidangkan sejuk untuk minum petang.

  








KEK JAPANESE COTTON CHEESE









Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...
  Cikgu dan keluarga semua sihat...akhir-akhir ni cikgu sibuk sedikit menyiapkan tempahan daripada
  pelanggan.Dan cikgu kena pandai membahagikan masa dengan keluarga,kerjaya dan bisnes.Antara kek yang paling banyak menerima tempahan pelanggan ialah Blueberry Japanese Cotton Cheese Cake. Tekstur kek ini sangat lembut dan gebu.Bahan-bahannya tidak banyak,tetapi memerlukan skala kemahiran dan teknik yang betul untuk membuatnya.Jika tidak kena tekniknya,kek akan menjadi padat dan bantat.Ini kerana kegebuan kek ini hanya bergantung kepada telur.Japanese Cotton kek ini juga ada  persamaan dengan Kek Hokkaido,cuma yang membezakannya,kek Hokkaido dibakar dalam cup kecil dan diisi dengan krim kastard selepas kek itu masak.Akan tetapi,kek Cotton Japanese ini dibakar dengan kaedah double-boil di dalam loyang.Fillingnya pula,terpulang kepada anda samada untuk letak filling blueberry,strawberry dan chocolate emulco.Selepas dibakar,jangan keluarkan kek tersebut dari oven,biarkan 3-4 jam sehingga sejuk dan letak dalam peti ais.Kek Cotton Jepun ini sedap dimakan sejuk dan memang tidak jemu dimakan.So,tunggu apa lagi....Jom buat!!!



  KEK JAPANESE COTTON 

  
BAHAN-BAHAN:

         -A-  
150 ml susu rendah lemak
  300 gm krim keju
  50 gm gula kastor
  * bahan di atas diletak dalam mangkuk stainless steel dan dimasak guna 
  kaedah double boil

       -B-
  30 gm tepung jagung
  3 biji kuning telur
  1 sudu kecil esen vanilla

      -C-
  3 biji telur putih
  90 gm gula kastor


  CARA MEMASAK:

  1.Panaskan bahan A dengan menggunakan kaedah double boil.Kacau dengan menggunakan whisk.
  2.Apabila adunan A sudah panas, tutup api, angkat bekas dan kacau laju sehingga adunan gebu dan sebati.
  3.Ketepikan bahan A. Sementara itu,di dalam mixer bowl, putih telur di adun sehingga menjadi meringue. Bila putih telur sudah naik elok,tambahkan gula kastor perlahan-lahan sehingga telur putih soft-peak atau bertanduk.
  4.Kemudian,letakkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau sebati. Selepas itu,masukkan telur putih
  meringue tadi ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan A dan B. Kaup balik dengan menggunakan spatula.
  5.Sesudah sebati,masukkan kek Jepun ke dalam loyang pembakar. Jika anda hendak masukkan filling kek,anda boleh berbuat demikian sebelum adunan di masukkan dalam loyang pembakar.
  6.Suhu oven 160 darjah, dipasang kipas dan api atas bawah. Jangan lupa guna kaedah bakar
  double-boil. Sesudah kek naik tinggi dan permukaan kek bertukar warna kecoklatan,turunkan suhu oven kepada 110 darjah dalam tempoh 40-45 minit lagi.
  7.Tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama 3-4 jam. Hidangkan sejuk untuk minum petang.

 









LEMPENG KELAPA



Assalamualaikum sahabat maya dan salam sejahtera semoga kalian berada dalam keadaan sihat 
sejahtera hendaknya.Cikgu hari ni nak berbicara berkenaan dengan tajuk "lempeng kelapa".Wah!!! Macam nak ajar anak murid pulak ye...Pagi ni cikgu double check barang dapur apa yang boleh di 
buat untuk breakfast.Dah penat nak makan roti canai hari-hari.Resepi lempeng ini,bak kata orang, pejam mata pun boleh buat.All in one method.Campur segala bahan kering dan campurkan air. Sedia untuk di goreng di atas non stick pan. Lempeng kelapa ini memang tidak jemu dimakan berkali-kali.Lagipun lempeng ini tidak ada campuran santan kerana ia sudah dibubuh kelapa.Boleh juga diletakkan bawang besar Holland di dalam lempeng kelapa ini. Untuk menyedapkan rasa, ia boleh dimakan bersama gulai kari atau nak lebih sedap...sardin lah.So, tunggu apa lagi, jom buat!!!


LEMPENG KELAPA


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
setengah biji kelapa
setengah biji bawang Holland dipotong dadu
Air mengikut kepekatan yang di kehendaki
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan kering kecuali air. Kacau sebati bahan kering tersebut.
2. Sesudah sebati, letakkan air mengikut tahap kepekatan yang anda mahukan.
3. Panaskan non-stick pan, gliskan sedikit minyak.Letakkan adunan lempeng kelapa di atasnya.
4. Balik-balikkan sehingga masak dan angkat. Ulang proses ini sehingga habis adunan lempeng kelapa itu. Hidangkan dengan kari ayam atau sardin.

KAEDAH MEMASAK:  MENGGORENG 
HIDANGAN:  4 ORANG

TAUHU SUMBAT BERSAMA SOS KUAH KACANG



  Assalamualaikum sahabat maya...semoga berada dalam keadaan yang sihat dan gembira....Cikgu kat  sini sihat sahaja hendaknya...Hari ni terfikir-fikir nak buat apa untuk minum petang...dah puas dah buat makanan manis.Jadi cikgu buat keputusan untuk buat tauhu sumbat.Salah satu cara cikgu untuk menggalakkan anak-anak cikgu makan sayur.Apa lagi,cikgu suruhlah cik Abang pergi kedai beli bahan.Bahannya simple sahaja.Memang confirm ada kat kedai.Tauhu dipotong segitiga.Nak potong segiempat pun boleh.Kemudian tauhu tersebut digoreng dan ditos minyaknya.Lepas tu,disumbat dengan sayur mayur tadi.Memang mabeles,apa lagi dicicah dengan sos cili buatan sendiri.Nak menambah rasa sedap sos,tabur kacang tanah goreng dan ditumbuk.So,apa tunggu lagi...Jom buat!!!

Isnin, 4 Mei 2015

PAI AYAM

Image result for gambar pai ayam

PAI AYAM

Assalamualaikum sahabat maya dan semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Pertama kali cikgu buat pai ayam ni ialah semasa cikgu menghadiri kelas masakan bersama Mrs.Tan beberapa tahun dulu.Masa tu cikgu belum berkahwin lagi dan sekarang cikgu sudah beranak 4.Terima kasih kepada beliau kerana mengajar ilmu pastry seikhlasnya.Bagi cikgu ia amat berguna kerana walaupun cara membuatnya sangat susah,tapi cikgu amat puashati.Kalau boleh cikgu bagi skala kesusahan membuat pastry ini,cikgu bagi 9/10.Memang susah dan renyah.Tapi apa salahnya,sekali sekala mencabar diri buat benda yang susah.Baru kita tahu tahap kemahiran kita berada di level mana.Dari doh pastry yang sama juga,kita boleh gunakan untuk membuat sardin puff,portueguese egg tart,croissant dan macam- macam lagi.Membuat doh pastry ini perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.Jika semasa mencanai ada gelembung-gelembung udara,ia perlu dikeluarkan dengan mencucuk gelembung tersebut dengan pencungkil gigi.Barulah boleh sambung canai.So,apa tunggu lagi,jom buat!!!

      
   BAHAN-BAHAN:

   BAHAN PASTRI KELOPAK:
   150 g tepung gandum       }diayak
   1/2 sudu kecil rata garam }diayak
   100 g marjerin(dibahagikan kepada 4 bahagian)
   3-4 sudu besar air sejuk    }dicampurkan
   1 sudu kecil air limau/lemon }dicampurkan
   1 biji telur dipukul untuk mengglis pai


   BAHAN INTI AYAM:

   100 g isi ayam(dipotong dadu)
   1 biji ubi kentang         *dipotong dadu
   1/2 ulas bawang besar   *dipotong dadu
   1/4 lobak merah          *dipotong dadu
   2 sudu besar kacang pis sejuk beku
   3/4 cawan air+1/4 ketul pati ayam(stok ayam)
   garam dan lada sulah secukup rasa 
   1 sudu besar minyak untuk menggoreng


    CARA MEMASAK:

   1.Gaul dan ramas satu bahagian lemak ke dalam tepung hingga adunan menyerupai serbuk roti.
   2.Masukkan campuran air sejuk,gaul rata hingga menjadi doh kenyal.Uli doh perlahan-lahan hingga licin. Balut doh dan rehatkannya 5-10 minit di dalam peti sejuk.Kemudian,bentukkan doh kepada 
segi empat bujur.Kemudian canai doh hingga setengsh inci tebal.Tandakan doh kepada tiga bahagian.
   3.Keluarkan lemak dari peti sejuk dan potong dadu satu bahagian lemak sebesar guli dan letakkan
   pada dua  bahagian doh.
   4.Kemudian,lipat pastri tiga lapis dengan bahagian tanpa lemak di tengah.Tekan dan tutup bahagian
   tepi yang terbuka pelahan-lahan untuk meratakan udara di dalamnya.Balut dan rehatkan pastri di
   dalam peti sejuk selama 10 minit.
   5.Selepas itu,canai pastri ke arah depan dari hujung tepi.
   6.Ulangi cara penyediaan 2 dan 3 hingga semua pastri marjerin habis.
   7.Lipat dan canai 2 kali lagi.Rehatkan pastri selama 20 minit.
   8.Sementara itu,panaskan minyak dan goreng bawang hingga wangi.Masukkan isi ayam,lobak merah, ubi kentang,stok ayam dan perasa lada dan garam.Masak hingga ubi empuk.Masukkan juga kacang pis dan masak hingga inti  kering.Angkat dari kuali dan sejukkan dalam pinggan.
   9.Sediakan acuan pai dan panaskan dalam ketuhar 220 darjah.
   10.Kemudian,canai pastri setebal 0.5cm dan potong satu bahagian cukup besar untuk mengalaskan
   acuan pai-18cm dan satu bahagian lagi cukup untuk menutup acuan pai.
   11.Alaskan acuan pai dengan pastri besar.
   12.Masukkan inti .Tutup acuan dengan pastri kedua.Cubit tepi dan hiaskan atasnya.
   13.Potongkan dua slit di tengah pai.Gliskan dengan telur.
   14.Bakar 20 minit dalam ketuhar 220 darjah.Turunkan suhu kepada 180 darjah dan bakar hingga
   kuning emas.
   
   KAEDAH MEMASAK:  MEMBAKAR
   HIDANGAN: 4-5 ORANG