Pages

Rabu, 6 Mei 2015

IKAN GORENG KICAP


IKAN GORENG KICAP


Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...Hari ni cikgu dalam mood malas masak...tapi cikgu paksakan diri untuk memasak bila terkenangkan apa yang anak-anak bertuah cikgu nak makan bila balik sekolah nanti. Macam biasa, anak cikgu, Intan akan tanya ibu masak apa hari ni?.Bila cikgu cakap, ibu masak ikan masak kicap, dia akan terus berlari ke dapur. Dia obses dengan apa-apa sahaja masak kicap. Ikan masak kicap adalah masakan yang sangat senang. Boleh guna apa-apa sahaja jenis ikan, bawal,kerapu, siakap, kembung, plaling, sardin dan lain-lain. Kebetulan hari tu, ada ikan tuna dalam peti ais cikgu. Cikgu potong 2 sebab ikan tu bersaiz besar. Sos kicap pula, cikgu hanya tambahkan barang asas di dapur, sos cili, tomato, sos tiram dan cikgu banyakkan bawang besar. Cikgu suka penggunaan bawang besar yang banyak sebab bawang ada elemen manis. So, tunggu apa lagi, jom buat!!!.........


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan (dipotong 2 bagi setiap ekor)
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar (di hiris kasar)
3 ulas bawang putih (di mayang)
1 sudu teh air asam jawa
2 biji cili hijau (di potong serong)
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Pertama sekali, ikan di bersihkan dan di lumur garam kunyit.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan. Jangan terlalu garing kerana nanti tekstur ikan tidak sedap.
3. Setelah ikan habis di goreng, keluarkan sikit minyak gorengan. Sedia untuk menumis bahan-bahan sos.
4. Tumis bawang merah, cili hijau, bawang putih hingga naik bau. Masukkan kisos cili, sos tomato, sos tiram, air asam jawa. Reneh hingga bahan sebati dan mesra.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan dengan nasi panas.


KAEDAH MEMASAK:  MENGGORENG
HIDANGAN: 3 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan