Pages

Khamis, 14 Mei 2015

KARIPAP




KARIPAP

Assalamualaikum sahabat maya....terliur rasanya tengok gambar karipap. Cikgu memang peminat karipap. Tak kira kiralah karipap kentang atau sardin. Kalau cikgu balik kampung cikgu, mesti cikgu bedal karipap ikan. Di kampung cikgu, karipap ikan memang sohor. Kali ni cikgu nak ajar macamana nak buat karipap. Sesetengah orang suka menggunakan shortening dan margerin. Tapi cikgu lebih suka guna minyak panas. Nak buat camne, cikgu membesar dengan ajaran mak. Nak buat karipap guna minyak panas. Tapi memang sedap sebab rangup. Minyak tak boleh lebih, takut nanti doh berminyak susah nak di kelim tepinya...Tak boleh juga terkurang minyak,takut nanti bile nak menggoreng, kulit karipap menggerutu. So...apa tunggu lagi...jom masak!!!!



  BAHAN-BAHAN:

  
  BAHAN DOH:

  125 gm tepung gandum
  sedikit garam
  3 sudu besar minyak masak panas
  air secukupnya


  BAHAN INTI:

  100 gm ayam dipotong dadu
  3 biji ubi kentang (di dadu)
  1 biji bawang besar (di dadu)
  1 sudu besar serbuk kari (dibancuh dgn 2 sudu besar air untuk pes)
  garam secukup rasa
  1 tangkai daun kari
  1 sudu besar minyak
  1 cawan air



 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar. Masukkan rempah kari dan daun kari. Goreng hingga rempah pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan goreng sebentar. Masukkan ubi kentang, garam dan air dan masak bahan tadi sehingga kentang empuk dan inti agak kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Sementara menunggu inti sejuk, panaskan minyak masak. Gaulkan minyak itu ke dalam tepung gandum hingga berderai tepungnya.
  4. Masukkan air secara berperingkat sambil adunan di adun cantik menjadi doh lembut. Canai doh
  mengikut tebal 2mm.Terap doh dengan penerap bulat besar.
  5. Isikan bulatan doh dengan inti karipap. Kelim tepi karipap dengan kemas dan cantik.
  6.Goreng karipap dalam minyak panas hingga kuning. Hidangkan dalam pinggan dan hiaskan.
  

0 comments:

Catat Ulasan