Pages

Selasa, 5 Mei 2015

TAUHU SUMBAT BERSAMA SOS KUAH KACANG



  Assalamualaikum sahabat maya...semoga berada dalam keadaan yang sihat dan gembira....Cikgu kat  sini sihat sahaja hendaknya...Hari ni terfikir-fikir nak buat apa untuk minum petang...dah puas dah buat makanan manis.Jadi cikgu buat keputusan untuk buat tauhu sumbat.Salah satu cara cikgu untuk menggalakkan anak-anak cikgu makan sayur.Apa lagi,cikgu suruhlah cik Abang pergi kedai beli bahan.Bahannya simple sahaja.Memang confirm ada kat kedai.Tauhu dipotong segitiga.Nak potong segiempat pun boleh.Kemudian tauhu tersebut digoreng dan ditos minyaknya.Lepas tu,disumbat dengan sayur mayur tadi.Memang mabeles,apa lagi dicicah dengan sos cili buatan sendiri.Nak menambah rasa sedap sos,tabur kacang tanah goreng dan ditumbuk.So,apa tunggu lagi...Jom buat!!!


 TAUHU SUMBAT BERSAMA SOS KUAH KACANG

  BAHAN-BAHAN:
  
  2 keping tauhu (dipotong segi tiga dan digoreng)
  5 cm timun (dimayang)
  1/4 biji sengkuang (dimayang)
  60 gm taugeh (dibuang ekor dan dicelur)
  4-6 helai daun salad (dibasuh dan dikeringkan)
  1 biji cili (dimayang dan direndam)
  2 sudu besar minyak
  1 mangkuk sos cili/sos kacang


  CARA MEMASAK:

  1.Bersihkan dan potong sayuran. Basuh,potong tauhu dan goreng.Celurkan taugeh dan toskan.
  2.Apabila tauhu sejuk, belah tengahnya dengan hujung pisau. Sumbatkan sayur-sayuran ke dalam
  belahan tadi dengan penyepit.
  3.Aturkan daun salad di dalam pinggan bujur.Atur tauhu sumbat dan hiaskan dengan cili.
  Hidangkan dengan sos cili atau sos kacang.

  KAEDAH MEMASAK:   PERSEDIAAN SEJUK
  HIDANGAN:  2 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan