FISH N CHIPS
Assalamualaikum sahabat maya...semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat dan sedia untuk berkhidmat dengan keluarga seikhlasnya.Resepi yang cikgu tampilkan kali ini adalah resepi Barat di mana resepi ini antara yang menjadi faveret keluarga cikgu yang suka meratah ikan...hehehe...Kebetulan menu ini cikgu buat untuk menjamu adik-beradik dan keluarga cikgu yang datang dari jauh semata-mata cikgu naik rumah baru.Resepi ini sangat senang dan enak dimakan panas-panas.Biasanya cikgu menggunakan filet ikan tilapia dan dipotong nipis-nipis supaya batter yang meliputi ikan akan rangup.Penggunaan minyak pula mesti panas sebab dikhuatiri batter ikan akan menyerap minyak.Kawalan api kena sekata supaya cantik masaknya.Keluarga cikgu sangat suka resepi ini.Kadang-kadang kalau cikgu malas,cikgu guna sosej sahaja sebagai ganti ikan....So,apa tunggu lagi...Jom buat!!!
BAHAN-BAHAN:
2 filet ikan siakap/tilapia (dibersih,dibuang tulang dan diperap dengan garam,lada sulah dan
sos Lea n Perrins)
Minyak untuk menggoreng
BATTER:
100 gm tepung
1/2 biji telur
125 ml air sejuk
1 sudu teh baking powder
garam
*bahan di atas dibancuh
CIP KENTANG:
2-3 biji kentang Holland (dipotong panjang dan taburkan garam sedikit)
Minyak untuk menggoreng
HIASAN:
2 helai daun salad
2 hirisan lemon
1 tangkai parsli (cincang halus)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali hingga benar-benar panas.Ini penting untuk merangupkan batter ikan nanti.
Celupkan filet ikan dalam batter dan goreng kekuningan.Toskan atas paper towel.
2.Goreng ubi kentang pula.Apabila kuning,angkat dan panaskan minyak hinga cukup panas.
Goreng ubi kentang sekali lagi hingga kuning keemasan.Toskan atas paper towel.
3.Hidangkan ikan dalam pinggan makan bersama cip kentang.Hiaskan dengan hirisan lemon,salad,dan sos tartar.
KAEDAH MEMASAK: MENGGORENG
HIDANGAN: 2 ORANG
0 comments:
Catat Ulasan