Pages

Isnin, 4 Mei 2015

IKAN SIAKAP KUKUS


IKAN SIAKAP KUKUS



  BAHAN-BAHAN:

  1 ekor ikan siakap, bawal putih/kerapu (dibersih dan diperasakan dengan garam dan lada sulah)
  3 hiris halis (dimayang)
  2 ulas bawang putih (di cincang)
  1 tangkai daun ketumbar (dipetik)
  1 genggam daun bawang (dimayang 2-3 inci)
  2 sudu teh sos tiram
  2 kaki cendawan hitam (rendam dan mayang)
  1 sudu teh minyak masak
  1 sudu teh kicap cair
  garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

  CARA MEMASAK:

  1.Letakkan ikan dalam pinggan tahan panas.Taburkan bawang putih dan sos tiram.Sumbatkan daun ketumbar, daun bawang,halia dan cendawan di dalam perut ikan.
  2.Tuangkan 1 sudu teh minyak masak,kicap cair,serbuk lada sulah di atas badan ikan.
  3.Kukus ikan di dalam kuali atau pengukus selama 10-20 minit bergantung pada saiz ikan.
  4.Setelah masak,pindah kan ikan kukus ke dalam pinggan bujur dengan cermat. Hidangkan panas.

  KAEDAH MEMASAK:  MENGUKUS
  HIDANGAN: 2-4 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan