Pages

Isnin, 4 Mei 2015

PUDING SAGU GULA MELAKA



PUDING SAGU GULA MELAKA

Assalamualaikum sahabat maya...semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Hari ni cikgu nak berbicara mengenai sejenis pencuci mulut Melayu iaitu Puding sagu gula Melaka.Pertama kali cikgu makan puding sagu ni bila kawan baik cikgu bawa ke sekolah.Bersungguh-sungguh cikgu makan sebab memang sedap.Lalu je kat tekak cikgu ni.Makan pula time-time panas,berlawan dengan sejuk.Memang thorbaekkk!!!Kawan cikgu tu juga yang bagi resepi ni.Memang mudah sangat dan kita takkan muak makan berulang-ulang. Satu lagi cikgu nak pesan,kepala santan tu cikgu ubahsuai dengan menambahkan tepung jagung untuk bagi santan sedikit pekat.Lebih sedap dan enak rasanya kalau begitu... So...tunggu apa lagi...Jom buat!!!!


  BAHAN-BAHAN:

  90 gm sagu (dicuci,direndam dan ditos 20 minit)
  1/2 periuk air (dididihkan)


  SOS/ KUAH KEPALA SANTAN:

  1/4 biji kelapa (diperah 125 ml)
  sedikit garam
  1 sudu kecil tepung beras


  SIRAP GULA MELAKA:

  1/4 keping gula melaka/kabung(dicincang atau diparut)
  60 g gula
  1 helai daun pandan(dicarik dan disimpulkan)
  125 ml air
  

  CARA MEMASAK:

  1.Masukkan sagu ke dalam air mendidih di dalam periuk.Kacau hingga sagu jernih.
  2.Tuangkan sagu ke dalam tapis dan basuh dengan air paip untuk mengeluarkan kanjinya.
  3.Toskan dan masukkan sagu ke dalam acuan yang telah dibilas.Sejukkan dalam peti sejuk.
  4.Sementara itu,larutkan gula melaka dengan daun pandan dan air di dalam periuk.
  5.Tapis ke dalam mangkuk sos.
  6.Selepas itu,untuk membuat kepala santan,masakkan santan yang dicampur dengan tepung jagung dan garam.Kacau perlahan agar tidak berbintil atau berketul.Angkat bila sudah masak.
  7.Akhir sekali keluarkan puding sagu dari peti sejuk.Hidangkan dalam gelas sundae atau mangkuk puding.
  8.Hidangkan dengan sirap gula melaka dan kepala santan.Hidangkan secara berasingan.
 
  KAEDAH MEMASAK: MEREBUS
  HIDANGAN: 4 ORANG

SUMBER FOTO:  MAJALAH RASA

0 comments:

Catat Ulasan