Pages

Selasa, 5 Mei 2015

TELUR GORENG KULAT SISIR



TELUR GORENG KULAT SISIR

Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Cikgu sihat di samping keluarga. Hari ni cikgu terasa nak buat resepi yang sangat simple tapi sedap. Resepi itu ialah telur goreng kulat sisir.Pada yang tak pernah dengar kulat sisir ialah, ia sejenis kulat yang tumbuh di dahan pokok-pokok getah selepas hari hujan. Kulat sisir akan tumbuh dengan banyak apabila mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Masa cikgu kecil dulu, cikgu selalu ikut arwah ayah kutip kulat sisir. Banyak yang cikgu dapat...lepas tu cikgu cucikan kotoran yang ada pada kulat sisir tu dan rendam dengan air garam untuk hilangkan sedikit bau pokok getah tu. Tapi serius,kulat sisir memang sedap. Selain enak di masak dengan telur goreng,is sedap di buat masak lemak putih. Dicampur dengan sayuran petola, pucuk paku dan timun. Memang mabeles!!!...Cikgu nak mintak maaf sebab kejadian telur goreng ni, agak pecah sebab cepat sangat cikgu balikkan telurnya...hihi..tak sabar nak makan lah tu... So,tunggu apa lagi, jom buat...!!!!


BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
1 cawan kulat sisir (di bersih dan direndam air garam)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

1. Pecahkan telur dalam mangkuk, dan masukkan kulat sisir di dalam telur.
2. Kemudian, masukkan bawang besar hiris dan cili serta garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan telur goreng kulat sisir.
4. Balikkan telur apabila sudah masak di sebelah, dan ulang proses balik sehingga telur masak.
5. Angkat telur apabila masak. Hidangkan dalam pinggan.

KAEDAH MEMASAK:  MENGGORENG DALAM MINYAK SEDIKIT
HIDANGAN:  2 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan