JAPANESE COTTON STRAWBERRY CHEESE CAKE
Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...
Cikgu dan keluarga semua sihat...akhir-akhir ni cikgu sibuk sedikit menyiapkan tempahan daripada
pelanggan.Dan cikgu kena pandai membahagikan masa dengan keluarga,kerjaya dan bisnes.Antara kek yang paling banyak menerima tempahan pelanggan ialah Strawberry Japanese Cotton Cheese Cake.Tekstur kek ini sangat lembut dan gebu.Bahan-bahannya tidak banyak,tetapi memerlukan skala
kemahiran dan teknik yang betul untuk membuatnya.Jika tidak kena tekniknya,kek akan menjadi
padat dan bantat.Ini kerana kegebuan kek ini hanya bergantung kepada telur. Kek ini juga ada
persamaan dengan Kek Hokkaido,cuma yang membezakannya,kek Hokkaido dibakar dalam cup kecil dan diisi dengan krim kastard selepas kek itu masak.Akan tetapi,kek Jepun ini dibakar dengan
kaedah double-boil di dalam loyang.Fillingnya pula,terpulang kepada anda samada untuk letak filling blueberry,strawberry dan chocolate emulco.Selepas dibakar,jangan keluarkan kek tersebut dari oven,biarkan 3-4 jam sehingga sejuk dan letak dalam peti ais.Kek Cotton Jepun ini sedap dimakan sejuk dan memang tidak jemu dimakan.So,tunggu apa lagi....Jom buat!!!
BAHAN-BAHAN:
-A-
150 ml susu rendah lemak
300 gm krim keju
50 gm gula kastor
* bahan di atas diletak dalam mangkuk stainless steel dan dimasak guna
kaedah double boil
-B-
30 gm tepung jagung
3 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
-C-
3 biji telur putih
90 gm gula kastor
-D-
Strawberry filling
CARA MEMASAK:
1.Panaskan bahan A dengan menggunakan kaedah double boil. Kacau dengan menggunakan whisk.
2.Apabila adunan A sudah panas,tutup api,angkat bekas dan kacau laju sehingga adunan gebu dan sebati.
3.Ketepikan bahan A.Sementara itu,di dalam mixer bowl,putih telur di adun sehingga menjadi meringue.
Bila putih telur sudah naik elok,tambahkan gula kastor perlahan-lahan sehingga telur putih soft-peak
atau bertanduk.
4.Kemudian,letakkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan telur putih
meringue tadi ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan A dan B. Kaup balik dengan menggunakan spatula.
5.Sesudah sebati,masukkan kek Jepun ke dalam loyang pembakar. Jika anda hendak masukkan filling kek,anda boleh berbuat demikian sebelum adunan di masukkan dalam loyang pembakar.
6.Suhu oven 160 darjah, dipasang kipas dan api atas bawah. Jangan lupa guna kaedah bakar
double-boil. Sesudah kek naik tinggi dan permukaan kek bertukar warna kecoklatan, turunkan suhu oven kepada 110 darjah dalam tempoh 40-45 minit lagi.
7.Tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama 3-4 jam.Hidangkan sejuk untuk minum petang.
0 comments:
Catat Ulasan