Pages

Isnin, 4 Mei 2015

KUIH CARA BERLAUK


Assalamualaikum sahabat maya...cikgu doakan semoga kalian sihat sentiasa dan tidak putus asa untuk belajar memasak.Hari ni cikgu ni cerita sikit pasal kuih tradisional yang dinamakan kuih cara.Sebenarnya kuih ni boleh dibuat 2 versi...iaitu versi manis dan satu lagi versi savouri.Kuih cara manis berwarna hijau iaitu menggunakan jus daun pandan.Manakala cara savouri atau berlauk berwarna kuning.Kuih ini menggunakan acuan logam yang boleh dibeli di kedai bakery.Pembuatannya sangat senang..kata orang,pejam mata pun boleh buat.Modalnya pun tak banyak.Sebab tu kalau cikgu nampak orang jual kuih ni,cikgu selalu berkata-kata dalam hati...MAHALNYA...cikgu lebih rela buat,puas nak makan,lagipun anak-anak cikgu ramai...hehehe...So,apa lagi,jom buat!!!



  KUIH CARA BERLAUK

  BAHAN-BAHAN (BATTER):
  125 gm tepung gandum
  250 ml santan
  1/4 sudu kecil garam
  1 biji telur
  1 sudu teh serbuk kunyit

  
  1 sudu besar minyak
  2 helai daun pandan (disimpul) untuk diglis pada acuan kuih cara
  
  BAHAN INTI PEDAS:
  150 ml udang basah (dibersih dan dipotong dadu)
  1 sudu kecil serbuk kari (di campur 3 sudu kecil air menjadi pes)
  3 ulas bawang merah (mayang)
  1 ulas bawang putih (mayang)
  garam secukup rasa
  1 sudu kecil minyak
  
  CARA MEMASAK:
  1.Masukkan semua bahan batter ke dalam blender.Kisar halus.Tuang batter ke dalam                mangkuk.Ketepikan.
 2.Panaskan minyak.Tumis bawang hingga kuning.Masukkan pes kari dan goreng hingga wangi.Masukkan isi udang dan garam.Masakkan hingga kering.Angkat dan sejukkan.
  3.Panaskan acuan kuih cara.Sapukan sedikit minyak dengan daun pandan.Tuangkan batter hingga setengah penuh.
  4.Masukkan inti pedas tadi dengan cermat.Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.Tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
  5.Cungkil tepi kuih dengan pencucuk dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
  6.Ulangi hingga batter dan intinya habis.
  7.Hidangkan dalam pinggan dengan cara bertindih.

  KAEDAH MEMASAK:MENGGORENG
  HIDANGAN: 4 ORANG (8-10 ORANG)

0 comments:

Catat Ulasan