Pages

Isnin, 4 Mei 2015

SUP KUETEOW


 SUP KUETEOW
  
  BAHAN-BAHAN:
  300 gm kueteow
  1 dada ayam (diambil isi dan tulangnya dibuat stok dalam secawan air)
  150 gm udang sederhana besar(dibersihkan)
  150 gm sotong (dibersih)
  1 keping kek ikan
  100 gm sawi (dipotong 2 inci)
  2 kelopak kubis bulat
  1 biji tomato


  BAHAN KUAH:
  4 ulas bawang merah (cincang)
  2 ulas bawang putih (cincang)
  1/2 biji bawang besar
  1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

  2 sudu besar kicap cair
  1 sudu besar kicap pekat
  1 sudu besar sos tiram
  1 sudu besar sos tomato
 *bahan di atas dicampur

  4 biji cili padi (cincang)
  1 sudu besar minyak
  garam dan gula


CARA MEMASAK:
  1.Panaskan minyak,tumis bawang cincang di atas api yang kecil.Masukkan ayam serta air rebusannya bersama.
  udang dan sotong serta kek ikan (jika suka).
  2.Masukkan sayur apabila mendidih.
  3.Masukkan kueteow,tomato,garam gula dan bawang besar.Kacau dan biar mendidih semula.Masukkan
  bancuhan tepung jagung,campuran sos dan suaikan rasa.
  4.Hidangkan panas dalam mangkuk.Aturkan udang dan kepingan ayam.Sajikan dengan jeruk cili hijau potong.
  
  KAEDAH MEMASAK:MERENEH
  HIDANGAN: 4 ORANG 

0 comments:

Catat Ulasan