Pages

Rabu, 13 Mei 2015

KUIH KASWI




Assalamualaikum sahabat maya...hari ni cikgu nak ajar satu resepi yang memang senang sangattt. Mak cikgu selalu buat kalau kami adik beradik balik kampung Terengganu. Memang air tangan mak THORBAEKKK!!. Modalnya sangat sikit...tepung gandum, gula melaka  dan gula pasir...yang lain sikit-sikit je kita guna. Hasilnya banyak dan boleh makan banyak kali. Tidak muak pula tu. Air abu tu kalau tak nak letak pun tak apa. Cikgu tak bubuh pun sebab penggunaan air abu tak banyak dalam masakan lain. So, kalau beli semata-mata untuk buat kuih kaswi ni, tak payahlah...membazir je...cara memasaknya ialah dengan mengukus. Tak payah nak ikat kain pada penutup kukus sebab tempoh masaknya sekejap sahaja. Cukuplah dengan mengelap penutup kukusan. Potong bila kuih kaswi sudah sejuk ye...baru cantik...So..apa tunggu lagi...jom masak !!!!...


KUIH KASWI


  BAHAN-BAHAN:

  125 g tepung gandum (ayak)
  50 g tepung ubi (ayak)
  75 g gula melaka
  50 g gula pasir
  350 ml air
  1 helai daun pandan
  1/2 camt air kapur
  1/2 camt air abu (jika perlu)

  *2 camb kelapa parut
   secubit garam



  CARA MEMASAK:

  1. Cairkan air  gula melaka dengan daun pandan di dalam periuk dan biarkan sejuk.
  2. Sediakan kukusan dengan masakkan air di dalamnya.Panaskan dulang pengukus.
  3. Sementara itu, ayak tepung gandum dan tepung ubi di dalam mangkuk adunan.
  4. Kuak tepung ke tepi dan curahkan sirap gula di tengah-tengahnya.Kacau rata.
  5. Tapis adunan dengan kain maslin/penapis teh.
  6.Tuangkan batter kaswi ke dalam dulang pengukus dan tutup.Kukus selama 20-25 minit atau sehingga adunan masak.Sejukkan dan potong dalam bentuk diamond.
  7. Golekkan potongan kaswi ke dalam kelapa putih yang dibubuh sedikit garam.Hidangkan.


  HIDANGAN:   4 ORANG (8-10 KEPING)
  KAEDAH MEMASAK:   MENGUKUS

0 comments:

Catat Ulasan