Pages

Isnin, 4 Mei 2015

NASI LEMAK DAN SAMBAL IKAN BILIS



Assalamualaikum sahabat maya....semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Cikgu sentiasa doakan kawan-kawan cikgu bergembira hendaknya.Hari ni cikgu nak cerita pasal nasi lemak dan sambal bilis yang mana menjadi makanan ruji,makanan siang malam penduduk pantai Barat.Nasi lemak adalah sejenis makanan yang menggunakan santan untuk memasaknya.Kalau nak sedap,gunalah santan yang diperah dari kelapa yang diparut.Dicampur didalamnya,kepingan halia,garam,dan bahan wajib daun pandan.Semua itu untuk aroma bau yang sedap dari nasi lemak!Dari luar rumah semerbak baunya.Untuk menghasilkan sambal yang sedap pula,mesti menggunakan cili kering,dimasak dan di mesin.Penggunaan bawang merah mayang yang banyak juga akan menambah rasa sedap sambal.Bawang tersebut perlu diletak beberapa minit sebelum api sambal tumis ditutup. Ikan bilis pula perlu direndam terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sambal.Reneh perlahan.Untuk menambah wangi,bubuh seikat daun pandan kedalamnya.Selain sambal bilis,nasi lemak juga boleh dimakan dengan sambal sotong kering,sambal udang,rendang ayam,ayam goreng dan paru goreng. So,tunggu apa lagi...Jom buat!!!

NASI LEMAK DAN SAMBAL IKAN BILIS

  BAHAN-BAHAN NASI:
  180 gm nasi (2 cawan beras)
  1/2 biji kelapa (diambil santan)
  3 inci halia (diketuk)
  4 cawan air

  BAHAN-BAHAN SAMBAL BILIS:
  20 gm ikan bilis (dibersih dan dibasuh)
  
  5 ulas bawang merah
  2 ulas bawang putih
  2 inci halia
  10 biji cili kering mesin
  setengan inci belacan bakar
  2 biji buah keras
 *bahan di atas di kisar

  2 sudu besar air asam jawa
  2 sudu besar gula melaka
  2 biji telur
  1 biji timun
  2 sudu besar kacang tanah
  2 sudu besar minyak untuk menumis

  3 helai daun pandan (di carik dan di simpul)

  CARA MEMASAK:
  1.Masukkan beras,santan,halia dan air di dalam periuk elektrik. Tekan button "cook".
  2.Sementara itu, panaskan minyak dan goreng ikan bilis dan angkat.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar
  hingga berbau wangi.Masukkan air asam jawa,ikan biis yang digoreng atau yang dibasuh.Apabila sambal
  pekat,masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.Kacau dan angkat.
  3.Sendukkan nasi dan letak di dalam mangkung hidang.Hiris timun dalam bentuk menyerong.Belah 4 telur
  yang sudah direbus tadi.Hidangkan.

  KAEDAH MEMASAK:MENANAK DAN MENGGORENG
  HIDANGAN:4 ORANG
  

0 comments:

Catat Ulasan