PAI AYAM
Assalamualaikum sahabat maya dan semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Pertama kali cikgu buat pai ayam ni ialah semasa cikgu menghadiri kelas masakan bersama Mrs.Tan beberapa tahun dulu.Masa tu cikgu belum berkahwin lagi dan sekarang cikgu sudah beranak 4.Terima kasih kepada beliau kerana mengajar ilmu pastry seikhlasnya.Bagi cikgu ia amat berguna kerana walaupun cara membuatnya sangat susah,tapi cikgu amat puashati.Kalau boleh cikgu bagi skala kesusahan membuat pastry ini,cikgu bagi 9/10.Memang susah dan renyah.Tapi apa salahnya,sekali sekala mencabar diri buat benda yang susah.Baru kita tahu tahap kemahiran kita berada di level mana.Dari doh pastry yang sama juga,kita boleh gunakan untuk membuat sardin puff,portueguese egg tart,croissant dan macam- macam lagi.Membuat doh pastry ini perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.Jika semasa mencanai ada gelembung-gelembung udara,ia perlu dikeluarkan dengan mencucuk gelembung tersebut dengan pencungkil gigi.Barulah boleh sambung canai.So,apa tunggu lagi,jom buat!!!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI KELOPAK:
150 g tepung gandum }diayak
1/2 sudu kecil rata garam }diayak
100 g marjerin(dibahagikan kepada 4 bahagian)
3-4 sudu besar air sejuk }dicampurkan
1 sudu kecil air limau/lemon }dicampurkan
1 biji telur dipukul untuk mengglis pai
BAHAN INTI AYAM:
100 g isi ayam(dipotong dadu)
1 biji ubi kentang *dipotong dadu
1/2 ulas bawang besar *dipotong dadu
1/4 lobak merah *dipotong dadu
2 sudu besar kacang pis sejuk beku
3/4 cawan air+1/4 ketul pati ayam(stok ayam)
garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Gaul dan ramas satu bahagian lemak ke dalam tepung hingga adunan menyerupai serbuk roti.
2.Masukkan campuran air sejuk,gaul rata hingga menjadi doh kenyal.Uli doh perlahan-lahan hingga licin. Balut doh dan rehatkannya 5-10 minit di dalam peti sejuk.Kemudian,bentukkan doh kepada
segi empat bujur.Kemudian canai doh hingga setengsh inci tebal.Tandakan doh kepada tiga bahagian.
3.Keluarkan lemak dari peti sejuk dan potong dadu satu bahagian lemak sebesar guli dan letakkan
pada dua bahagian doh.
4.Kemudian,lipat pastri tiga lapis dengan bahagian tanpa lemak di tengah.Tekan dan tutup bahagian
tepi yang terbuka pelahan-lahan untuk meratakan udara di dalamnya.Balut dan rehatkan pastri di
dalam peti sejuk selama 10 minit.
5.Selepas itu,canai pastri ke arah depan dari hujung tepi.
6.Ulangi cara penyediaan 2 dan 3 hingga semua pastri marjerin habis.
7.Lipat dan canai 2 kali lagi.Rehatkan pastri selama 20 minit.
8.Sementara itu,panaskan minyak dan goreng bawang hingga wangi.Masukkan isi ayam,lobak merah, ubi kentang,stok ayam dan perasa lada dan garam.Masak hingga ubi empuk.Masukkan juga kacang pis dan masak hingga inti kering.Angkat dari kuali dan sejukkan dalam pinggan.
9.Sediakan acuan pai dan panaskan dalam ketuhar 220 darjah.
10.Kemudian,canai pastri setebal 0.5cm dan potong satu bahagian cukup besar untuk mengalaskan
acuan pai-18cm dan satu bahagian lagi cukup untuk menutup acuan pai.
11.Alaskan acuan pai dengan pastri besar.
12.Masukkan inti .Tutup acuan dengan pastri kedua.Cubit tepi dan hiaskan atasnya.
13.Potongkan dua slit di tengah pai.Gliskan dengan telur.
14.Bakar 20 minit dalam ketuhar 220 darjah.Turunkan suhu kepada 180 darjah dan bakar hingga
kuning emas.
KAEDAH MEMASAK: MEMBAKAR
HIDANGAN: 4-5 ORANG
0 comments:
Catat Ulasan