Pages

Isnin, 4 Mei 2015

KARI TELUR


Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian sihat sejahtera hendaknya....Cikgu di sini dalam keadaan baik bersama keluarga.Hari ni kita akan bercerita mengenai kari telur.Untuk pengetahuan sahabat maya, cikgu ni penggemar telur.Datanglah dalam keadaan manapun masakan telur tu,memang cikgu suka. Telur dadar,telur mata kerbau,omellete,telur sumbat..semuanya best bagi cikgu.Stok telur di rumah cikgu pun banyak...ada gred A,gred B dan gred C.Maklumlah,cikgu kan bakers,stok telur tak pernah putus.Kari telur juga antara yang menjadi kegemaran cikgu.Terutamanya bila cikgu buat nasi dagang. Mesti ada kari ikan tongkol dan kari telur.Kuah kari telur mesti pekat supaya kuah melekat dengan telur.Lagipun, dah namapun kari...mesti kuahnya pekat.Tentang penggunaan rempah pula,kita
boleh gunakan kari daging kerana bau dan aromanya yang wangi apabila ditumis.So,apa tunggu lagi, jom beli bahan dan buat!!!


  KARI TELUR

  BAHAN-BAHAN:

  2 biji telur(direbus keras dan dikupas kulitnya)
  3 ulas bawang merah(dihiris)
  1 ulas bawang putih(cincang)
  1 biji bawang besar yang kecil(dipotong bulat)
  1/2 biji kelapa parut atau 500 ml santan
  2 sudu besar minyak
  1 biji tomato(dipotong empat)
  30 g(1 sudu besar)serbuk kari(dibancuh dengan sedikit air santan menjadi pes air)
  1/4 sudu kecil halba campur(dibasuh dalam tapis teh)
  1 tangkai daun kari(dibasuh)
  1 sudu kecil asam jawa(diperah dalam santan dan ditapis)
  1 biji cili hijau(dibelah dua memanjang)
  1 sudu kecil garam atau secukup rasa

   CARA MEMASAK:

  1.Panaskan minyak dalam periuk/belanga.Goreng bawang hingga kuning emas.Asingkan sedikit untuk 
  hiasan.Masukkan halba dan daun kari.
  2.Masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak.
  3.Masukkan santan.Apabila mendidih masukkan telur,cili dan bawang besar.Biar mendidih perlahan-lahan
  4.Akhir sekali,tambahkan garam dan hidang dalam mangkuk.Hiaskan dengan bawang goreng dan cili merah
  5.Hidang dengan nasi putih dan sayur.
  
  KAEDAH MEMASAK:  MEREBUS
  HIDANGAN:  2 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan