Pages

Sabtu, 9 Mei 2015

NASI TOMATO



Assalamualaikum....hari ni cikgu nak bercerita mengenai nasi tomato. Nasi berperisa yang menjadi kegemaran keluarga cikgu setiap kali tiba hari raya selain daripada nasi dagang. Nasi tomato ni memang senang di buat. Bahannya bahan asas seperti nasi beriani. Cuma ia menggunakan tomato puri untuk memberikan perisa tomato. Kalau nak sedap lagi, boleh tambahkan yogurt agar tekstrur nasi akan menjadi lembap dan sedap. Banyakkan juga penggunaan daun ketumbar dalam nasi tomato ini. Jangan pula bertukar dengan daun sup!!. Daun ketumbar mempunyai bau yang kuat berbanding daun sup. Untuk nasi tomato yang wangi, gunakan juga beras Basmathi. Lagipun beras ini panjang, cantink dan tidak lembik. So, apa tunggu lagi...jom masak!!!...



NASI TOMATO


BAHAN-BAHAN:


  2 cawan beras (dibasuh dan dibersihkan)
  4 ulas bawang merah (mayang)
  2 ulas bawang putih (mayang)
  2 hiris halia (dimayang)
  2 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu sejat
  2 camb minyak sapi
  1/2 cawan tomato puri
  1 camb kismis
  2 cm kulit kayu manis
  2 kuntum bunga cengkih
  2 biji pelaga
  1 kuntum bunga lawang
  garam



  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi,tumiskan bawang, halia dan rempah ratus di dalam periuk elektrik yang diletak di
  atas dapur gas.
  2. Masukkan air, susu, garam, daun pandan, tomato puri dan biar mendidih.
    Letakkan periuk elektrik di dalam bekasnya dan tekan butang "cook".
  3. Masukkan beras, kacau dan tutup. Apabila kering,  kecilkan api dan taburkan kismis.
  4. Hidangkan nasi minyak panas dalam pinggan bujur.Hiaskan dengan gajus bakar dan bawang goreng.

  KAEDAH MEMASAK:  MEREBUS
  HIDANGAN:  4 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan