Pages

Isnin, 4 Mei 2015

FRENCH VANILLA CREAM PUFFS



FRENCH VANILLA CREAM PUFFS

 Assalamualaikum sahabat....hari ni cikgu terfikir untuk mengolah satu resepi pastry yang mempunyai  banyak nama...tapi bahan dan hasilnya sama...iaitu cream puf,choux pastry,choux bun...nama yang pelbagai,tapi hasilnya sama.Kalau cikgu, cikgu panggil cream puf...lebih senang disebut orang.Cream puf ni tergolong dalam resepi pastri yang sesuai dijadikan hidangan untuk desert.Cream puf ni antara pastri yang cikgu rasa agak susah untuk membuatnya.Bahannya agak simple dan senang,tapi cara membuatnya memerlukan teknik yang betul.Ini kerana,hasil cream puf yang terbaik ialah,apabila sudah dibakar,cream puf akan naik cantik, gebu, dan apa yang paling penting,apabila di belah dua,ia akan mempunyai ruang kosong di tengah...itulah cream puf yang terbaik.So,cikgu cuba untuk berkongsi resepi cream puf  dan selamat mencuba!!!!


  BAHAN-BAHAN:

  1 cawan air
  1/2 cawan butter
  1 cawan tepung gandum
  1/4 sudu teh garam
  4 biji telur gred B


  BAHAN INTI:

  1 1/2 cawan susu rendah lemah sejuk
  1 cawan instant custard
  1 cawan whip krim
  1 cawan semisweet coklat cip
  2 sudu besar gula aising
  *bahan di atas campurkan.Letakkan di dalam peti sejuk.Ketepikan.


CARA MEMASAK:

  1.Di dalam periuk, panaskan air dan butter sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan garam.
  2.Tutup api dan kacau sehingga doh suam.Pecahkan telur satu persatu.Kacau dengan senduk kayu dengan laju dan doh berkilat.
  3.Letak doh dalam piping bag. Paipkan doh ke atas dulang pembakar.Bakar doh puf dengan suhu 200 drjah celcius.Angkat bila doh berwarna kekuningan.Sejukkan di atas rak.
  4.Setelah doh sejuk,belah dua dan paipkan bahan inti coklat cip tadi.
  5.Hidangkan.Taburkan gula aising dengan menggunakan penapis teh.

  KAEDAH MEMASAK: MEMBAKAR
  HIDANGAN: 3 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan