Pages

Sabtu, 2 Mei 2015

MUFFIN BUAH-BUAHAN


Assalamualaikum sahabat maya....semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera.Hari ni kita masuk kelas muffin ya...sejenis kek kecil yang tidak boleh dipukul sekuat-kuatnya...hanya cukup  dengan menggunakan tangan dan senduk kayu sahaja.Sebenarnya,kalau dalam keluarga cikgu,anak-anak dan cik abang tidak  begitu menggemarinya...mereka lebih memilih untuk makan buttercheese cake. Sekali buat sekali habis.Ok,kita balik semula pada muffin ni.Muffin terdiri daripada banyak jenis.Ada muffin buah,kacang,perahan oren dan macam-macam lagi.Sebaik-bainya,buah-buahan perlu di campur dan digaul dengan tepung dahulu sebelum di letak dalam adunan.Ini untuk mengelakkan daripada buah-buahan mendap di bahagian bawah kek.Dari segi cara membakar muffin pula,seelok-eloknya letakkan muffin bermula di tengah dalam keadaan membulat.Ini untuk memberi muffin masak dengan sekata dan cantik gebu.So,tunggu apa lagi,jom buat!!!!
 
 MUFFIN BUAH-BUAHAN


BAHAN-BAHAN:
  250 gm tepung gandum
  1 sudu besar bahan penaik
  1/2 sudu kecil garam
 *bahan di atas ayak bersama
  75 gm gula perang
  250 gm buah-buahan kering campur
  
  2 biji telur
  110 gm mentega cair
  150 ml susu
  1/2 sudu teh vanilla
 *bahan diatas disatukan
  CARA MEMASAK:
  1.Gliskan tin muffin berlubang 9.Panaskan ketuhar 210 darjah celcius.
  2.Sementara itu,masukkan campuran tepung ke dalam mangkuk adunan.Masukkan buah-buahan
  dan gula perang.
  3.Masukkan campuran mentega ke dalam campuran tepung dengan perlahan-lahan hingga sebati.
  (adunan akan bergentel kerana terdapat buah-buahan).
  4.Bubuh adunan ke dalam tin muffin.
  5.Bakar di tetingkat atas selama 20-25 minit hingga rata kuningnya.
  6.Hidangkan dalam pinggan beralas kertas doily.


0 comments:

Catat Ulasan