Pages

Isnin, 4 Mei 2015

IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL


IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

Assalamualaikum sahabat...hari ni cikgu bangun dengan semangat yang berkobar-kobar.Bukannya apa... sebenarnya tinggal sehari je lagi hari persekolahan sebab esoknya,sekolah akan mula bercuti sempena hari pekerja dan hari wesak.So,minggu ni para guru boleh bercuti agak lama.So,cikgu amik peluang ni untuk mengemas-ngemas apa yang patut sebelum cikgu bertolak balik ke Kg.Melayu,JB esok.Lagipun,my sayang dah bagitau awal-awal,esok kita bertolak balik JB lepas solat subuh..Takut tak sempat nak solat Jumaat katanya...cikgu ikut jer cadangan my sayang tu...sambil-sambil tu terfikir nak masak apa hari ni...tetiba teringat ada ikan cencaru 2-3 ekor dalam peti ais..terus keluarkan dan defrost...Biasanya cikgu suka buat ikan cencaru sambal ni dengan inti kelapa...tapi kali ni cikgu nak tukar angin dengan tukar selera nak rasa versi sambal pulak...lagipun my sayang lebih suka sambal dari inti kelapa... maklumlah orang Johor...suka makan sambal...ok..nanti salin resepi ni ye...




  BAHAN-BAHAN:

  2 ekor ikan cencaru (dibersih dan di perasa garam dan kunyit)
  8 ulas bawang merah
  2 ulas bawang putih
  2 batang serai (dipotong halus)
  2 hiris halia
  2 inci kunyit hidup
  2 cm belacan
  4 biji cili merah
  2 sudu teh asam jawa (diperah dan diambil air asam)
  2 sudu besar minyak
  garam dan gula secukup rasa
  2 helai daun pandan (10x8 inci)

  BAHAN HIASAN:

  1 biji timun
  2 biji cili merah
  2 biji tomato
  2 biji limau nipis

  CARA MEMASAK:

  1.Tumbuk semua bahan inti di atas sehingga lumat.Campurkan air asam jawa,garam dan gula 
  secukup rasa.Ketepikan.
  2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis inti hingga kering.Rasa dan angkat.
  3.Panaskan gril. Sementara gril panas, sumbat ikan dengan inti yang telah di goreng tadi.
  4.Bungkus ikan dengan daun pisang dan gril perlahan-lahan selama 15-20 minit hingga masak.
  5.Buka bungkusan dan tanggalkan kulit ikan.Hidangkan dalam pinggan atau mangkuk dan hiaskan
  dengan hirisan timun, tomato dan limau nipis.Sedap dimakan dengan nasi putih panas.
  
KAEDAH MEMASAK: MENGGORENG
HIDANGAN: 2 ORANG  

0 comments:

Catat Ulasan