CROQUEMBOUCH
Assalamualaikum sahabat maya semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat hendaknya...kali ni cikgu nak beri pendedahan kepada kawan-kawan yang amat berminat dalam dunia pastri. Cikgu sangat obses dengan pastri kerana cikgu boleh tahu sejauh mana kemahiran membuatnya. Seringkali cikgu menonton rancangan Great British Bake Off Season 1 and 2. Rancangan tersebut memberi banyak pendedahan kepada cikgu bagaimana untuk "mendisiplinkan" adunan pastri. Pada Jumaat lepas, cikgu menonton rancangan tersebut di mana para pesertanya diminta untuk membuat Croquembouch. Pada dasarnya, cikgu pernah membuatnya. Tapi Croquembouch yang cikgu buat tidak tinggi sebagaimana resepi asal. Rendah saja Croquembouch cikgu,cukup-cukup untuk anak-anak. Croquembouch ini adalah resepi klasik Perancis yang menggunakan doh cream puf. Dalam sisipan sebelum ini, cikgu ada menyentuh yang dari adunan cream puf, ia boleh menghasilkan banyak resepi pastri yang elegan.Untuk meninggikan adunan Croquembouch, kita hanya perlu mencelupkan dasar doh puff ke dalam gula yang telah di karamel. Bunyinya senang, tapi untuk membuatnya sangat susah. Bermain dengan karamel yang sangat panas bukanlah sesuatu yang seronok. Tapi, bila kita dah buat, kita akan dapat kepuasan maksimum....So, tunggu apa lagi....jom buat!!!!
BAHAN-BAHAN:
200 gm butter
200 gm tepung gandum
350 gm air
5 biji telor gred B
BAHAN INTI:
Whip krim
Esen vanilla
2 sudu besar gula kastor
*dipukul laju dengan mixer
BAHAN KARAMEL:
2 cawan gula
2 sudu air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan butter.Tunggu hingga butter mencair dan menggelegak. Dengan cepat,masukkan
tepung gandum ke dalam periuk dan tutup api dengan segera.
2. Gaulkan adunan tadi dengan senduk kayu dengan laju sehingga adunan suam.
3. Masukkan telor satu persatu dan kacau dengan senduk kayu.
4. Masukkan doh ke dalam piping bag yang sudah di letak nozzel bintang (star).
5. Piping doh ke atas dulang pembakar yang telah di sapu butter.
6. Bakar doh tadi pada suhu 180-200 darjah celcius. Gunakan api atas bawah.
7.Setelah masak, keluarkan dari oven dan boleh lah digunting sedikit tepinya untuk disumbat intinya.
8. Sementara itu, masukkan gula ke dalam periuk untuk dijadikan karamel. Gunakan api perlahan kerana dikhuatiri gula akan hangus dengan cepat. Apabila gula sudah kekuningan, masukkan air dan biarkan dalm 1-2 minit. Jangan dikacau, hanya goncang-goncangkan periuk. Matikan api.
9. Dengan cepat, celup dasar Croquembouch ke dalam karamel dan susun secara membulat di dalam pinggan hidangan. Buat sehingga puff habis.
10. Akhir sekali, ambil garpu dan celup ke dalam karamel dan bawa garfu tersebut ke atas Croquembouch dan ayun-ayunkan garfu dalam bentuk membulat sehingga karamel membentuk jaring halus.
11. Hidangkan kepada tetamu bersama teh o panas.
KAEDAH MEMASAK: MEMBAKAR
HIDANGAN : 4 ORANG
0 comments:
Catat Ulasan