IKAN SINGGANG KELANTAN
Assalamualaikum sahabat maya...semoga kalian sihat sejahtera hendaknya dan sentiasa bersemangat untuk memasak...hehehe...Hari ni cikgu rasa macam nak masak lauk yang simple sahaja.Kalau belah
pantai timur,lauk yang paling simple ialah singgang ikan.Bak kata arwah ayah cikgu.."kalau nak masak ikan singgang,baik tak payah kawin..". Dalam peti ais cikgu,ada 2-3 ketul ikan tongkol yang mana ikan yang paling sesuai untuk dibuat singgang.Boleh juga untuk buat ikan lain seperti ikan selar kuning,ikan kembung,tapi secara tradisionalnya,orang pantai timur guna ikan tongkol...atau kita panggil ikan aya.Cara memasaknya sangat senang,kata orang putih,all in one method.
Campurkan bahan-bahan dalam satu periuk,akhir sekali masukkan ikan dan reneh.Boleh juga kalau kita tak nak gunakan kunyit hidup,hanya singgang putih,pun sedap.Penggunaan kunyit hanya untuk aromanya dan mencantikkan warna kuah.Anak-anak cikgu suka menghirup kuahnya,tapi cik Abang cikgu..I'm sorry...angkat tangan tak makan!!...maklumlah orang Johor...hehehe..setia dengan asam pedasnya.So,apa tunggu lagi...Jom buat!!!
IKAN SINGGANG VERSI PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
4 potong ikan tongkol bersaiz besar
10 biji cili api (diketuk)
4 keping asam keping
5 hiris lengkuas
5 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci kunyit hidup (dihiris)
5 cawan air
garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali ikan tongkol dan garam.
2. Biarkan bahan tersebut sehingga menggelegak dan bolehlah di letak ikan tongkol perlahan-lahan.
3. Reneh ikan tongkol sehingga mesra. Perasakan dengan garam kasar secukup rasa.
4. Selepas kuah sudah mesra dengan ikan,bolehlah dihidangkan di dalam mangkuk.
5. Makan panas-panas dengan nasi putih.
KAEDAH MEMASAK: MEREBUS
HIDANGAN: 3 ORANG
0 comments:
Catat Ulasan