SAMBAL HIJAU
Assalamualaikum...lama rasanya cikgu dah tak update blog masakan cikgu. Kali ni cikgu nak bercerita tentang satu resepi yang cikgu suka iaitu Sambal Hijau....Dah namapun Sambal Hijau...sah-sahlah guna cili hijau ye dak?...Pertama kali cikgu makan sambal hijau ni bila cikgu buat potluck dengan member sekolah pada pagi Jumaat. Biasanya kalau tiba hari Jumaat, kami akan adakan majlis potluck...saja je nak tunjuk kebolehan memasak masing-masing. Pada hari tu juga, kawan cikgu, cikgu Nadira bawak lempeng cicah Sambal Hijau. Mula-mula rasa macam pelik sebab orang Pantai Timur mana pernah makan samball hijau ni. Tapi kawan cikgu kata, kak...orang Johor memang biasa dengan sambal ni...So...cikgu pun try lah makan...Rupanyer...memang sangat sedap....kawan cikgu letak ikan bilis dalam sambal hijau tu. Tapi, boleh juga kita gantikan dengan timun, petai atau jering. Ikut selera masing-masing.So...apa tunggu lagi...jom masak....!
BAHAN-BAHAN:
1 batang timun/ 15 ulas petai (di belah dua)
200 gm ikan bilis (di rendam)
2 biji bawang besar kuning (di mayang)
sedikit jus limau nipis
Garam secukup rasa
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan bersatu.
3. Masukkan timun atau petai, bawang besar,jus limau nipis, serta garam secukup rasa.
4. Gaulkan hingga rata dan kemudian angkat.
5. Hidangkan.
KAEDAH MEMASAK: MENGGORENG
HIDANGAN: 3-4 ORANG
0 comments:
Catat Ulasan