Pages

Selasa, 5 Mei 2015

BINGKA LABU



Assalamualaikum sahabat maya dikehendaki anda berada dalam keadaan sihat hendaknya...Hari ni cikgu nak uruskan sebiji labu yang cikgu beli minggu lepas. Labu ni untuk pengetahuan kawan-kawan sekelian banyak menu yang boleh kita buat. Pengat labu, sayur masak lemak labu, labu goreng dan lain-lain.Tapi apa yang paling cikgu suka buat dengan labu ialah Bingka labu. Bingka labu adalah makanan tradisional Malyu yang sangat senang dibuat. Campak-campak dalam blender dan kisar, terus di letak dalam loyang dan di bakar. Tunggu sejuk dan hidangkan. Proses membakar lebih kurang 45 minit, api atas bawah. Rasa lemak dari buah labu memang membuat kita nak makan lagi dan lagi. So, apa tunggu lagi, jom buat!!!!



BINGKA LABU


BAHAN-BAHAN:

2 cawan labu (dibersih, direbus, di lecek)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 biji kelapa (diperah sekali) / 650 ml santan
4 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter (di cairkan)
Garam untuk memancing rasa
Bijan


CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan dalam blender kecuali labu, gula dan bijan. Kisar hingga hancur.
2. Letakkan semua adunan ke dalam mangkuk plastik dan masukkan gula kastor.Kacau sebati. Setelah gula kastor hancur dan adunan batter sebati masukkan bingka labu ke dalam loyang yang telah di glis dengan butter.
3. Taburkan bijan dan terus masukkan ke dalam oven, Bakar pada suhu 130 darjah celcius atau sehingga masak.
4. Jika anda inginkan kerak tebal di bawahnya, tukar api oven kepada functiom api bawah sahaja di hujung pembakarannya.
5. Tunggu sejuk bingka labu itu sebelum di potong. Hidangkan di atas piring.
6. Sesuai untuk minum petang.

KAEDAH MEMASAK:  MEMBAKAR
HIDANGAN:  5 ORANG

0 comments:

Catat Ulasan