Pages

Isnin, 4 Mei 2015

PAI TEE




Image result for IMEJ PAI TEEImage result for IMEJ PAI TEE



 PAI TEE

Assalamualaikum sahabat maya dan semoga kalian dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Berapa
  orang di kalangan kita yang pernah buat pai tee?.Tapi ramai di kalangan kita selalu makan pai tee.
  Pertama kali cikgu makan pai tee ialah di Chicken Rice Shop.Rasanya sangat sedap dan kulitnya rangup.Semasa makan tu,cikgu terfikir,kenapa tidak aku belajar buat.Tapi macamana?.Esoknya,cikgu pergi kerja,cikgu bertanyakan kawan cikgu yang mempunyai minat yang sama dalam masakan.Rupanya dia selalu buat kulit pai tee dan dia orang pertama yang meminjamkan cikgu acuan pai tee.Terima kasih kepada Cikgu or Kak Ruhaiza.Cikgu balik rumah dan terus buat.Hasilnya mengagumkan dan cikgu tak sangka boleh buat.Modalnya sangat sedikit,hasilnya banyak.Cubalah buat,anda akan mendapat kepuasan yang maksimum.Intinya juga boleh digantikan dengan isi ayam dan sayur.So,tunggu apa lagi, jom buat sekarang!!!!

  
  
  BAHAN-BAHAN:


  BAHAN BATTER CAIR :                                         
  60 g tepung beras    *diayak
  20 g tepung gandum  *diayak
  secubit garam
  1 biji telur kecil
  200-250 ml air
  1/2 kuali minyak untuk menggoreng batter

  SOS CILI(gaul rata):
  3 biji cili merah      }dikisar halus
  1 ulas bawang putih }dikisar halus
  2 sudu besar sos tomato
  1 sudu kecil cuka
  garam dan gula secukup rasa

  INTI KUIH PAI TEE
  100 g udang basah (isinya dipotong dadu)
  1/4 batang timun sederhana(dimayang)
  5 batang kacang buncis(dipotong dadu halus)
  2 ulas bawang putih(dicincang)
  1 keping tauhu(digoreng dan dipotong dadu halus)
  1 udu besar minyak untuk menggoreng inti

  HIASAN
  1 biji telur
  secubit garam dan lada sulah
  4 ulas bawang merah(dihiris dan digoreng garing)
  1/2 cawan isi ketam(dikukus)(jika suka)
  1 biji cili merah(dibelah dua dan dihiris halus)
 
   CARA MEMASAK: 
   
  MENYEDIAKAN BATTER CAIR:
  a)Masukkan telur ke tengah-tengah tepung
  b)Masukkan air perlahan-lahan dan kacau hingga rata
  c)Tambahkan garam secukup rasa
 
   MEMASAK BAKUL PAI TEE:
  a)Panaskan minyak dan acuan pai tee.
  b)Toskan acuan pai tee atas kain pengelap yang bersih.
  c)Celupkan acuan pai tee yang panas ke dalam batter.
  (Ambil perhatian supaya batter tidak sampai ke atas acuan.)
  d)Celupkan acuan berbatter ke dalam minyak dan goreng hingga beku,kemudian longgarkan bakul dari
   acuan
  e)Terus goreng bakul itu hingga kuning emas dan garing.
  f)Angkat,toskan di atas kertas penyerap.Sejukkan sebelum menyimpan dalam bekas kedap udara.
 
    MENYEDIA BAHAN HIASAN:
  a)Goreng bawang merah hingga garing.
  b)Goreng telur dadar dan mayang halus.
  c)Kukus isi ketam dan hiris cili merah.

    MEMASAK BAHAN INTI:
   a)Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning.Tepikan.
   b)Masukkan bawang putih dan tumis hinggs kuning.
   c)Masukkan udang,kacang buncis dan perasa.Goreng hingga agak kering.Biar sejuk sedikit terus gaulkan
    timun dan tauhu goreng yang telah dipotong.
   d)Akhir sekali isikan bakul pai tee dengan inti dan hiaskan dengan isi ketam,telur dadar,daun bawang
    bawang goreng dan cili
   e)Hidangkan dengan sos cili
   
    KAEDAH MEMASAK:  MENGGORENG DENGAN MINYAK PENUH
    HIDANGAN: 30-35 BAKUL PAI TEE

    

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sedapnyer...jual kat skoloh kak..haha..

Unknown berkata...

insyallah...nak tunggu adik timsya buat dulu...mesti sedap!!!

Catat Ulasan