Pages

Jumaat, 3 Julai 2015

CUCUR UDANG RANGUP



CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
15 ekor udang sederhana besar
2 biji bawang besar hiris
1 ikat kucai hiris
1/4 biji lobak merah hiris
1 putih telur
1/4 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Bancuh tepung dengan ke semua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan sebati.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan ,letak seekor udang dan letakkan adunan cucur ke dalam minyak.
4. Goreng sehingga masak. Angkat dan hidangkan.

PECAL LELE




PECAL LELE

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan keli
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

BAHAN SAMBAL:

5 biji cili merah
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 sudu makan cuka
1 susu teh gula
Garam dan serbuk perasa secukupnya

ULAMAN:

30 gm sayur kangkung celur
3 hirisan timun



CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ikan keli bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Untuk sambalnya, kisarkan semua bahan bersama-sama dan gaul rata.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata.
4. Hidangkan bersama pecel lele serta ulam-ulaman.

GULAI LEMAK REBUNG






GULAI LEMAK REBUNG


BAHAN-BAHAN:

500 gm rebung
200 gm cili api hijau (kisar)
200 gm bawang merah (kisar)
1 inci kunyit hidup
500 gm santan pekat
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (di carik)
5 helai daun limau purut 
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Air secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Campurkan ke semua bahan di dalam periuk beserta sedikit air.
2. Kacau perlahan di atas dapur sehingga mendidih.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.

Jumaat, 26 Jun 2015

SPHAGETTI BOLOGNESE




SPHAGETTI BOLOGNESE


BAHAN-BAHAN:

200 gm pasta spageti (di rebus al dente)
200 gm daging cincang
6 sudu makan minyak zaitun
1 labu bawang besar kuning (di dadu)
4 ulas bawang putih (di dadu)
400 gm tomato (dihancurkan)
1 tangkai daun pasrli segar (dihiris halus)
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya



CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu sehingga berbau harum.
2.  Masukkan sos tomato hancur bersama jusnya dan daun parsli.
3.  Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kemudian renehkan sos tomato atas api sederhana selama 20 minit. Hidangkan.

DAGING GORENG HALIA


DAGING GORENG HALIA


BAHAN-BAHAN:


600 gm daging
3 biji cili hijau (hiris)
1 biji cili pada (hiris)
4 cm halia (hiris)
1 biji bawang besar (mayang)
2 biji tomato (dipotong)
2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh serbuk kunyit
200 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap bersama halia cincang, serbuk kunyit dan garam selama semalaman atau setengah jam.
2  Kemudian masukkan sos tiram dan kacau rata.
3.  Seterusnya masukkan air untuk menjadikan daging cepat empuk.
4. Setelah daging empuk,masukkan bawang besar untuk mengharumkan lagi masakan. Perasakan.
5.  Akhir sekali, masukkan cili hijau dan tomato. Goreng sekejap dan bolehlah diangkat.




Khamis, 25 Jun 2015

PAJERI TERUNG



PAJERI TERUNG


BAHAN-BAHAN:

5 biji terung panjang (di belah memanjang)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah keras (kisar)
100 gm rempah kari daging
50 gm kerisik
100 ml air
1 biji kelapa (di ambil santan)
10 ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis bahan kisar bersama bahan rempah kasar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama santan, garam dan juga gula. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan terung dan biarkan lembut.
4. Masukkan asam jawa bersama kerisik dan biarkan kuahnya menjadi pekat.
5. Angkat dan hidangkan.

Rabu, 24 Jun 2015

GULAI LEMAK NANGKA



 GULAI LEMAK NANGKA


  BAHAN-BAHAN:

  500 gm nangka
  200 gm cili api hijau 
  1 inci kunyit hidup
  500 gm santan pekat
  5 batang serai (ketuk)
  2 helai daun kunyit (disiat)
  5 helai daun limau purut
  3 keping asam gelugur
  Garam secukup rasa
  Air secukupnya



  CARA MEMASAK:

  1. Campurkan ke semua bahan di dalam periuk beserta air.
  2. Kacau perlahan di atas dapur sehingga mendidih.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.


MASAK ASAM IKAN PATIN



 MASAK ASAM IKAN PATIN



  BAHAN-BAHAN:


  250 gram ikan patin
  200 gram cili api merah (kisar)
  200 gram bawang besar (kisar)
  2.5 cm kunyit hidup (kisar)
  1 kuntum bunga kantan(dihiris)
  1 batang serai(diketuk)
  3 keping asam gelugur
  Garam secukup rasa
  2 liter air


  CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan kisar kecuali ikan patin dan garam ke dalam periuk.
  2. Kacau rata agar sebati dengan air dan masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
  3. Setelah itu masukkan ikan patin dan garam secukup rasa ke dalamnya. Kacau dan bolehlah di angkat.

Selasa, 23 Jun 2015

BUBUR KACANG DURIAN




BUBUR KACANG DURIAN


BAHAN-BAHAN:

300 gm kacang hijau (direndam)
2 keping gula melaka
60 gm gula pasir
2 ulas durian
Air secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Rendam kacang hijau seketika dan tos.
2. Masak kacang hijau dengan air secukupnya hingga empuk.
3. Apabila empuk, masukkan kepingan gula melaka bersama gula pasir dan biarkan masak seketika.
4. Masukkan daun pandan bersama isi durian. Biarkan masak lagi hingga pekat.
5. Apabila pekat, angkat dan hidangkan.

DAGING HITAM MANIS




DAGING HITAM MANIS


BAHAN-BAHAN:

1 kg daging
5 sudu kerisik
Minyak untuk menumis


BAHAN PERAPAN:

2 biji bawang besar  (kisar)
5 ulas bawang putih  (kisar)
3 batang serai  (kisar)
2 sudu makan ketumbar (sangai tumbuk halus)
1 sudu makan (sangai tumbuk halus)
1/2 sudu makan jintan manis (sangai tumbuk halus)
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
2 sudu rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN TUMIS:

1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang


CARA MEMASAK:

1. Daging yang telah dipotong digaul sebati dengan bahan perapan. Biarkan sejam.
2. Kemudian, panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan daging yang telah diperap bersama jusnya dan kacau rata.
4. Tambah air jika daging masih belum empuk. Biarkan mereneh.
5. Apabila daging empuk, masukkan kerisik untuk pekatkan kuah dan tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi panas.

JEJARI AYAM GORENG





JEJARI AYAM GORENG
  

BAHAN-BAHAN:

100 gm isi ayam
30 gm oat
30 gm serbuk roti
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


BAHAN PERAPAN:

4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh serbuk paprika
Garam dan lada hitam secukup rasa



CARA MEMASAK:

1. Potong isi ayam menjadi bentuk jejari, Ketepikan.
2. Kemudian sediakan bahan perapan dengan mencampurkan kesemua bahan kering di dalam sebiji mangkuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
3. Setelah itu, masukkan jejari ayam ke dalam adunan perapan. Gaul rata.
4. Celup jejari ayam ke dalam adunan telur yang dipukul sekejap.
5. Salut sebati pada serbuk roti dan oat.
6. Akhir sekali, goreng jejari ayam sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos minyak.
7. Sedia dihidangkan dengan mayonis.


SAMBAL PETAI DENGAN IKAN BILIS



SAMBAL PETAI DENGAN IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN:

5 keping petai (dihiris nipis dibuang kulit)

BAHAN KISAR:

10 tangkai cili kering
5 biji cili padi
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 gm belacan

Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Tos.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika. Tambah air jika bahan tumis agak kering.
3. Masukkan asam keping. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
4. Angkat dan hidangkan.

Ahad, 21 Jun 2015

SOTO AYAM


SOTO AYAM


BAHAN-BAHAN:

  20 gm mihun|dicelur
  100 gm isi ayam|direbus dan dipotong kecil isinya
  1 liter air rebusan ayam
  3 biji bawang merah
  2 ulas bawang putih
  2.5sm kunyit hidup
  2.5sm halia
  2 biji buah karas
  Garam dan serbuk perasa secukupnya
  Sedikit air


  CARA MEMASAK:
 
  1. Panaskan minyak dan tumis  bahan kisar hingga naik baunya.
  2. Kemudian tuangkan  air dan masukkan buah karas.
  3. Perasakan  dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.kacau rata.
  4. Masukkan ayam dan biarkan hingga mendidih.
  5. Angkat dan hidangkan bersama mihun serta isi ayam yang dicarik-carik.

MEE HAILAM





  MEE HAILAM


  BAHAN-BAHAN:

  250 gram mi kuning
  100 gram isi ayam(dipotong kecil)
  4 ekor udang
  1/2 biji bawang besar
  30 gram lobak merah
  3 ulas bawang putih
  1 peket jagung muda
  4 biji cili padi(dipotong dua)
  20 gram sawi
  1 biji cili merah
  2 sudu makan kicap pekat
  sedikit air
  garam dan serbuk perasa secukupnya
  minyak untuk menumis



  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi hingga naik baunya.
  2. Masukkan isi ayam ,udang bersama sedikit air.Biarkan seketika.
  3. Setelah itu,masukkan kicap dan kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa serta masukkan mee kuning. Gaulkan rata.
  5. Masukkan sawidan sayuran lain dan biarkan masak seketika.
  6. Angkat dan hidangkan bersama keropok udang.
   

CHAR KUEY TEOW



CHAR KUEY TEOW


 BAHAN-BAHAN :

  150 gram kuey teow 
  4 ekor udang
  3 biji bawang merah
  2 ulas bawang putih
  1 biji telur
  2 sudu makan cili kisar
  20 gram tauge
  100 ml sos kuey teow (boleh didapati di pasaraya)
  20 gram daun kucai
  30 ml minyak masak


  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar hingga naik baunya.
  2. Masukkan udang bersama kuetiau dan kacau rata.
  3. Setelah itu,masukkan tauge bersama kucai kacau seketika dan terus tutup apinya.
  4. Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat.

LAMB CHOP




LAMB CHOP



  BAHAN-BAHAN:

  300 gram daging kambing(dihiris nipis)
                                                              3 cm halia                                                                
  5 biji bawang putih    }  ditumbuk halus
  2 sudu makan kicap
  2 sudu makan sos tiram
  2 sudu teh serbuk lada hitam
                garam secukup rasa                   

  
  KUAH LADA HITAM:

  50 gram stok perang [demiglaze](dibancuh)dengan sedikit air
  2 biji bawang kecil            } dicincang
  2 ulas bawang putih            } dicincang
  1 1/2 sudu makan lada hitam(ditumbuk)
  sedikit air

  CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging kambing bersama halia,sos tiram, garam dan juga serbuk lada hitam
  bersama-sama dan kemudian perap selama dua jam.
  2. Selepas diperap,masak di atas kuali non stick dengan meletakkan sedikit minyak.
  Balik-balikkan hingga masak.
  3. Kemudian masukkan stok perang bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan pekat.
  4. Hidangkan daging kambing di atas pinggan dan tuangkan bersama sosnya.

YEE MEE KONGFU


YEE MEE KONGFU


 BAHAN-BAHAN:

  200 gram yee mi
  2 ulas bawang putih
  4 biji cili padi
  2 biji telur
  1/2 sudu teh lada hitam
  200 gram isi ayam (dipotong dadu)
  50 gram sayur kubis
  2 sudu makan tepung jagung
  250 ml air
  2 sudu makan sos tiram
  1/2 kiub pati ayam
  Garam secukup rasa


  CARA MEMASAK:

  1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga keperangan.
  2.Masukkan ayam dan telur.Kacau rata
  3.Tuangkan bancuhan air tepung jagung dan kacau rata.
  4.Setelah itu,masukkan kubis bersama lada hitam dan masukkan juga sos tiram.Biarkan kuahnya menjadi pekat.
  5.Letakkan yee mi di atas pinggan dan tuangkan kuah di atasnya.
  6.Sedia dihidangkan.

NASI GORENG SEAFOOD


NASI GORENG SEAFOOD


  BAHAN-BAHAN:

  200 gram nasi putih
  5 gram bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (diketuk)
  30 gram udang
  20 gram sotong (dipotong bulat)
  20 gram isi ayam (dihiris)
  10 gram kacang panjang
  10 gram lobak merah
  1 biji telur ayam
  1 sudu makan sambal udang kering
  1 sudu makan kicap cair
  1 sudu makan minyak bijan(untuk menumis)



  CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak bijan. Tumis bawang merah sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan udang,sotong dan isi ayam. Tumis sehingga masak.
  3. Setelah itu,pecahkan telur dan kacau sehingga telur masak.
  4. Seterusnya masukkan sambal udang kering, lobak merah, kacang panjang, nasi putih serta kicap cair. Goreng sehingga nasi menjadi sedikit garing.
  5. Akhir sekali, hidangkan bersama ayam goreng, hirisan timun, tomato dan keropok ikan.
  6. Sedia untuk dinikmati.

MI BANDUNG



  MI BANDUNG
  
  


BAHAN-BAHAN:

  100 gram mi kuning [dibasuh,dicelur dan ditos]
  50 pes mi bandung
  20 gram ayam (di potong kecil)
  20 gram sotong (dihiris nipis)
  10 gram udang
  15 gram tomato (dipotong dadu)
  15 gram sawi (dipootong)
  15 gram tauhu (digoreng dan dihiris panjang)
  1 biji telur
  350 ml air rebusan daging
  serbuk perasa secukupnya

  
  BAHAN HIASAN:

  1 biji cili merah     # dihiris
  1 tangkai daun bawang  #dihiris
  bawang goreng secukupnya


  CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air rebusan daging bersama pes mi bandung, udang, daging dan sotong
  ke dalam periuk.bMasak menggunakan api yang kecil.
  2. Kemudian pecahkan telur.
  3. Apabila telur sudah separuh masak barulah dimasukkan sawi,tomato dan tauhu.
  Pastikan telur tidak pecah.
  4. Akhir sekali, masukkan serbuk perasa. Kacau rata dan tutup api.
  5. Masukkan mi kuning di dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya.Taburkan
  daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk hidangan.
  

Khamis, 18 Jun 2015

KEK PANDAN



KEK PANDAN


  BAHAN-BAHAN:

  10 biji telur
  400 gm mentega
  500 gm tepung gandum
  350 gm gula pasir
  3 sudu esen pandan
  sedikit warna hijau
  1/2 tin susu pekat (saiz kecil)
  1/2 tin seri kaya (sama saiz tin susu)
  130 ml santan pekat (kotak)
  sedikit serbuk vanila (jika suka)



  CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan satu persatu telur.
  2. Masukkan susu,seri kaya,esen pandan dan santan ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula,vanila dan tepung gandum. Gaul rata.
  4. Sediakan acuan yang telah diolehkan sedikit mentega sekelilingnya.
  5. Bakar adunan kek selama 40-45 minit atau sehingga masak.
  6. Tunggu kek sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama teh o panas.

BISKUT KEJU





 BISKUT  KEJU


  BAHAN-BAHAN:

  60 g tepung gandum
  30 g mentega
30 gm gula kastor
  40 g keju parut
  1 biji kuning telur
  secubit lada cayenne
  sedikit garam(secukup rasa)
  sedikit kuning telur untuk mengglis biskut




  CARA PENYEDIAAN:

  MENYEDIAKAN DULANG PEMBAKAR DAN KETUHAR

  (a) Griskan dulang pembakar
  (b) Masukkan mentega dan gula kastor dan putar sebentar. Masukkan kuning telur,lada cayenne, garam. Kemudian, masukkan keju parut dan tepung gandum.
  (c) Gaul hingga menjadi doh.

  MEMBENTUK BISKUT

  (a) Uli perlahan-lahan hingga doh menjadi rata.
  (b) Bentukkan biskut menjadi bulat dan leperkan.
  (c) Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar.
  (d) Cucuk biskut dengan garpu.
  (e) Sapukan biskut dengan kuning telur.

  Bakar biskut hingga menjadi kuning muda.Simpan dalam bekas kedap udara.

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU





SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

  BAHAN-BAHAN:

  50 gm daun pucuk ubi kayu {dihiris halus}
  50 gm daun kaduk { dihiris halus}
  50 gm pucuk labu { dihiri halus}
  3 helai daun kunyit { dihiris halus}
  4 biji bawang merah { ditumbuk}
  20 biji cili padi {ditumbuk}
  2 cm kunyit hidup { ditumbuk }
  1/2 kg santan
  150 gm petai
  200 gm tempoyak
  200 gm ikan bilis
  Garam secukup rasa
  Air secukupnya

  
CARA PENYEDIAAN :

  1. Didihkan sedikit air bersama bahan tumbuk dan daun-daun yang dihiris halus. Gaulkan sebati.
  2. Masukkan petai bersama ikan bilis dan masukkan garam secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan santan dan gaulkan sehingga mesra.Biarkan kuahnya mendidih seketika.
  4. Akhir sekali, masukkan tempoyak dan gaulkan rata. Biarkan masak sehingga kuahnya menjadi pekat.
  5. Angkat dan hidangkan.

SCONE




 SCONE


  BAHAN-BAHAN:

  400 gm tepung
  3 sudu kecil serbuk penaik
  1/2 kecil soda bikarbonat
  1/4 sudu kecil garam
  100 gm gula pasir
  100 gm mentega
  1 sudu kecil kulit lemon sagat
  1 cawan sour cream
  1 cawan kismis/kurma/prune (pilihan)


  CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula kita satukan tepung,serbuk penaik,soda bikarbonat,garam dan gula.Gaul sebati.
  2. Mentega dipotong kecil(suhu bilik)dan ramas dengan adunan di atas.
  3. Setelah sebati bahan di atas,kita bubuhkan pula kulit lemon,sour cream dan buahan kering pilihan.
  4. Gaul dengan senduk sehingga sekata.
  5. Bentukkan doh menjadi segi tiga.
  6. Kemudian terap dan susun diatas dulang yang telah ditabur tepung.
  7. Bakar pada suhu 204 darjah selsius selama 25 minit. Makan bersama jem strawberry.

BROWNIES




BROWNIES


  BAHAN-BAHAN:

  6 sudu besar serbuk koko
  1/4 mentega
  1 cawan gula kastor
  1/2 sudu kecil esen vanilla
  1/4 sudu kecil garam
  1/3 cawan tepung
  1 cawan badam/ walnut/ pecan (pilihan)

  

  CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula kita cairkan 1/4 cawan mentega.
  2. Kemudian satukan dengan serbuk koko, dan gaul sebati dengan mentega cair tadi.
  3. Setelah sebati, kita campurkan pula telur, esen vanila, tepung dan garam. Pukul sebati.
  4. Panaskan oven, kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam dulang yang sudah dilenser mentega dan di tabur dengan tepung dan serbuk koko.
  5. Bakar selama 40 minit pada suhu 180 darjah celcius.
  6. Potong brownies setelah ia benar-benar sejuk dan hidangkan.

Rabu, 17 Jun 2015

EGG FLAN




EGG FLAN


BAHAN-BAHAN:

  4 biji telur
  2 cawan segar
  1/2 cawan gula
  1/2 cawan gula (untuk gula hangus)
  1 sudu kecil vanilla


  CARA PENYEDIAAN:

  1. Dalam periuk, masukkan gula setengah cawan dan kacau sehingga ia hangus.
  2. Tuangkan dalam cawan ataupun mangkuk.
  3. Panaskan susu bersama gula. Jangan sampai mendidih, cukup suam-suam saja.
  4. Pukul telur dan tuangkan ke dalam susu tadi. Kacau.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk berkaramel tadi.
  6. Bakar selama 15 minit pada suhu 200 darjah celcius. Kalau dikukus pun boleh juga.

  

KEK CHIFFON OREN




KEK CHIFFON OREN

BAHAN-BAHANNYA:

Bahan A:
1 3/4  cawan tepung gandum (saya guna cap sauh)
1/8  camca teh garam halus (diayak dengan tepung)
1  camca teh baking powder (diayak dengan tepung)
6  biji kuning telur gred A
1/2  cawan gula halus
1 biji oren diparut kulitnya
3/4  cawan jus oren (2 biji oren @nak kurang pun boleh)
1/4  cawan minyak jagung 
sedikit pewarna oren (jika suka) 
1 sudu besar oren sunquick (jika suka)

Bahan B:
6 biji putih telur gred A
1/2  cawan gula halus 
1 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA:

1.   Panaskan oven 180 C.
2.   Dalam satu bekas pukul kuning telur dan gula sampai larut.
      Kemudian, masukkan semua bahan A dan kacau hingga
      sebati.  Ketepikan.
3.   Dalam bekas lain yang bersih dan kering,  putar putih telur 
      hingga berbuih, kemudian masukkan gula dan cream of
      tartar. Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan kental.
4.   Ambil setengah bahagian putih telur dan gaulkan dengan
      adunan kuning telur tadi.  Gaul perlahan dengan menggunakan
      senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan sebahagian
      putih telur tadi dan kacau rata.
5.   Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 10 inci.
      *Jangan lenser loyang dengan mentega atau minyak.
6.   Bakar selama 1 jam.


  

CRAZY CHOCOLATE CHIPS


CRAZY CHOCOLATE CHIPS



  BAHAN-BAHAN:

  60 g mentega
  50 g gula perang
  1/4 camt emplex
  1/2 biji kuning telur
  
  BAHAN CAMPURAN TEPUNG:

  90 g  Red Rose Flour  
  10 g tepung jagung
  1 camb tepung susu
  1/8 camt garam 
  1/2 camt baking powder
  1/2 camt soda bikarbonat
  20 g badam cincang
20 gm toasted coconut



  CARA PENYEDIAAN:

  MENYEDIAKAN DULANG PEMBAKAR DAN KETUHAR

  (a) griskan dulang pembakar
  (b) panaskan ketuhar-160 oC  
 
  MENYEDIAKAN ADUNAN BISKUT

  (a) putarkan mentega,gula perang dan emplex hingga gebu dan ringan.
  (b) masukkan kuning telur.Putar rata.
  (c) kaup dan balikkan campuran tepung hingga menjadi doh yang lembut.
  (d) masukkan badam cencang dan toasted coconut. Kacau rata.

  MEMBENTUK BISKUT

  (a) uli perlahan-lahan hingga doh menjadi rata
  (b) jemput biskut dengan hujung jari dan letakkan di atas dulang pembakar.
  (c) tabur coklat cip di atas biskut.

  MEMBAKAR BISKUT

  (a) bakar selama 15-20 minit hingga kuning emas atau hingga masak.
  (b) sejukkan di atas redai kek.

Selasa, 16 Jun 2015

KEK MARBLE





KEK MARBLE


  BAHAN-BAHAN:

  250 gm mentega
  250 gm gula kastor
  250 gm tepung kek
  5 biji telur
  1 sudu kecil esen vanila
  sedikit pewarna(ikut cita rasa)


  CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan telur satu persatu.Akhir sekali masukkan tepung kek dan gaul sebati.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna kuning asal, satu lagi perasa chocolate emulco.
  5. Akhir sekali masukkan kek ke dalam loyang secara berselang seli dan lorekkan dengan lidi untuk mendapat efek apabila kek dipotong. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.
 6. Potong apabila kek sejuk. Hidangkan.

AYAM GORENG BEREMPAH







AYAM GORENG BEREMPAH


  BAHAN-BAHAN:

  1 kg ayam
  2 sudu makan rempah kari daging
  4 biji bawang merah  {dikisar}
  4 ulas bawang putih {dikisar}
  2 cm halia {dikisar}
  5 tangkai daun kari {dikisar}
  Garam dan serbuk kunyit secukupnya



  CARA PENYEDIAAN:

  1. Basuh ayam bersih dan toskan airnya.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan kisar, rempah kari, garam dan serbuk kunyit secukupnya.
  3. Biarkan diperap selama sejam dan gaulkan semula dengan daun kari.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Goreng bersama daun kari untuk wangikan ayam.
  5. Angkat dan hidangkan. Makan bersama nasi panas.

Isnin, 15 Jun 2015

BISKUT MAKMUR



BISKUT MAKMUR



BAHAN-BAHAN:

  BAHAN DOH

  125 g tepung gandum(diayak)
  60g minyak sapi/marjerin
   
  INTI

  4 camb kacang tanah bergoreng (ditumbuk sederhana halus)
  susu pekat manis (untuk menyatukan bahan)

  SALUTAN

  60 g gula aising (diayak)
 


 CARA PENYEDIAAN:

  MENYEDIAKAN DULANG PEMBAKAR DAN KETUHAR

  (a) griskan dulang pembakar.
  (b) panaskan ketuhar-180 c.

  MENYEDIAKAN BISKUT

 (a) uli tepung dengan minyak sapi/marjerin hingga menjadi doh yang kental
 (b) bahagikan doh bebola sebesar ibu jari
 (c) tekan bebola leper dan isikan tengahnya dengan 1/2 camt inti
 (d) lipat seperti karipap atau bebola

  Bakar biskut selama 15-20 minit di dalam dulang pembakar.

  MENYALUT BISKUT
  Angkat biskut perlahan-lahan dengan pisau off-set.
  Salutkan biskut dengan gula aising ketika biskut masih panas.
  Hidang biskut di atas kertas doili.

Selasa, 9 Jun 2015

BISKUT MAZOLA






BISKUT MAZOLA


  BAHAN-BAHAN:

  125 g tepung gandum (diayak) secubit garam
  60 g marjerin 
  45 g gula halus
  1 biji kuning telur
  2 camts air sejuk
  1/2 camt esen vanila (dicampur sebati)
  putih telur untuk mengglis biskut
  30 g kacang goreng (dibuang kulitnya dan ditumbuk/dicencang sederhana halus)
  


 CARA PENYEDIAAN:

  MENYEDIAKAN DULANG PEMBAKAR DAN KETUHAR
  (a)griskan 2 dulang pembakar dan panaskan ketuhar 180 oC.

  MENYEDIAKAN ADUNAN BISKUT

  (a) Adunkan marjerin dengan gula di dalam mixer bowl.
  (b) Masukkan tepung gandum.
  (c) Masukkan kacang tanah halus ke dalam adunan biskut.
  (d) Kacau rata dan masukkan campuran kuning telur.
   
  MENYEDIAKAN BISKUT 

  (a) Canai adunan biskut setebal 3 mm (1/8 in) dan potong mengikut bentuk yang dikehendaki.
  (b) Alihkan biskut ke dalam dulang pembakar.
  (c) Cucuk biskut dengan garpu.
  (d) Lengserkan permukaan biskut dengan putih telur.
  (e) Tabur kacang kasar di atasnya.Bakar selama 10-15 minit atau sehingga masak. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara,
  

Ahad, 7 Jun 2015

BUBUR CACA






BUBUR CACA


  BAHAN-BAHAN:


 1 cawan cha cha segera 
  1/2 ketul keledek kecil
  1/4 ketul keladi
  100 g (1/2 cawan gula)  
  2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
  1/2 biji kelapa(diperah 500 ml pati santan)
  1 sudu kecil sagu (dibersih,direndam dan dituskan)
  secubit garam



  CARA PENYEDIAAN:

  Rendam cha cha selama 5 minit, basuh, rebus selama 10 minit dan tuskan.
  
  (a) potong dadu ubi keladi dan ubi keledek. Rendam ubi keledek.
  (b) rebus keladi dan keledek dengan 250 ml air dan daun pandan hingga empuk.

  MEMASAK BUBUR CACA

  (a) masukkan santan dan garam,biarkan mendidih perlahan-lahan.
  (b) apabila mendidih,masukkan sagu dan masak hingga jernih.
  (c) masukkan gula mengikut cita rasa. Hidangkan panas untuk minum petang.

  

Jumaat, 5 Jun 2015

BISKUT OAT






BISKUT OAT


  BAHAN-BAHAN:

  185 g tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
  1 camt rata bahan penaik
  130 g mentega/marjerin
  90 g gula perang
  1 biji kuning telur
  1/2camt esen vanila
2 sudu besar badam 
  2 sudu besar oat


  
  CARA PENYEDIAAN:

  MENYEDIAKAN DULANG PEMBAKAR DAN KETUHAR

  (a) griskan dua dulang pembakar.
  (b) panaskan ketuhar 180 darjah Celcius.

  MENYEDIAKAN ADUNAN BISKUT

  (a) putarmentega/marjerin dengan gula hingga gebu.
  (b) masukkan campuran telur sedikit demi sedikit.
  (c) kaup dan balikkan tepung hingga menjadi doh yang lembut.

  MEMBENTUK BISKUT

  (a) basahkan tangan,bentukkan biskut dengan bentuk bulat dan letakkan di atas dulang pembakar.
 Bakar selama 10-15 minit atau sehingga masak. Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

STEW DAGING





STEW DAGING


  BAHAN-BAHAN:
  
  150 g daging lembu atau kambing(dibasuh dan dipotong kepada kepingan.
Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam)

  1 biji bawang besar (dipotong 4)
  2 biji kentang (dipotong 2/4 dan direndam)
  1 batang lobak merah (dipotong kiub besar)
  500 ml air
  2 keping bunga lawang
  1 camt tepung jagung (dicampur dengan air menjadi pes cair)
  2 camb minyak masak
  1/2 camt kicap cair
  1/4 camt kicap pekat
  serbuk lada sulah dan garam (secukup rasa)



 CARA PENYEDIAAN:

 
  (a) basuh dan potong daging kemudian perasakan
  (b) bersihkan dan potong semua sayuran serta perencah yang lain
 
  MEMASAK STEW DAGING

  (a) panaskan minyak dalam periuk.Gorengkan daging hingga kuning sedikit.Tambah air,bunga cengkih dan bunga lawang. Perlahankan api untuk merenehkan daging selama 30-40 minit hingga daging menjadi lembut.

  (b) apabila daging empuk, masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Masak selama 20-25 minit hingga sayur empuk. Campurkan pes tepung jagung untuk memekatkan kuah stew. Perasakan. Hidangkan stew panas-panas di dalam mangkuk kaserol. Ia sedap di makan dengan roti Perancis yang dipotong serong.
 
  

Khamis, 4 Jun 2015

TELUR BISTIK





TELUR BISTIK



 BAHAN UNTUK KULIT:

  4 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit minyak

BAHAN INTI:

  120 g daging cincang
sebiji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (di potong dadu)
3 biji cili api (di potong halus)
  2 biji ubi kentang {di potong dadu}
1 cawan sayur campur
  garam dan lada sulah
  

  


 CARA PENYEDIAAN:

 1. Tumis bahan untuk inti dimulakan dengan bawang besar dan bawang putih serta cili api.
2. Bila kecoklatan, masukkan ubi kentang, masak hingga empuk.
3. Masukkan sayur campur dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Matikan api, sejukkan.
4. Dalam kuali yang lain, telur 4 biji tadi dibuat telur dadar.
5. Gelekkan besar untuk dimasukkan inti yang kita masak tadi.
6. Masukkan inti dalam telur dadar dan lipat seperti murtabak. Hidangkan dalam pinggan bujur.
7. Untuk tambahkan seri, paipkan sos cili dan hiaskan dengan salad segar.
  

  HIDANGAN  : 4 ORANG